Nivea Men Invisible Untuk Lelaki Yang Aktif
|
Antara koleksi deodorant spray yang menjadi pilihan MrJocko buat masa ini ialah Nivea Men Invisible. Produk lelaki keluaran Nivea ini memang terbaik dan harga yang berpatutan. Nak kongsi produk yang MrJocko guna, Nivea Men Invisible Untuk Lelaki Yang Aktif.
Antara yang menarik tentang Nivea Men koleksi Invisible ini sudah pasti bau ‘kelakian’ sejati. Wangian dari Nivea Men Invisible memang ada bau JANTAN yang macho :). Di tambah dengan teknologi White Mark Protection dan juga Anti-Yellow Staining yang mencegah dari peluh anda dari meninggalkan kesan kepada baju terutamanya baju yang berwarna putih.
Seperkara lagi, Nivea Men Invisible ini adalah produk yang Anti-Perspirant, iaitu bahan kimia yang boleh mengurangkan peluh dan dari berpeluh. Ia memang sesuatu yang menarik untuk lelaki aktif macam MrJocko
So, kalau anda lelaki yang aktif, perlu kan perlindungan selama 48 jam dari bau peluh, MrJocko syorkan Nivea Men. Selama MrJocko pakai, memang memuaskan. Harga berpatutan, senang nak guna, bau harum, pendek kata sangat berbaloi la untuk lelaki hensem macam MrJocko.
Kalau selalu pakai perfume pun boring jugak. Pakai deodorant spray macam ni selalunya lebih mudah dan jimat. Lagipun, kalau spray macam ni letak dalam kereta, tak la hilang bau macam simpan perfume dalam kereta.
Oh yer, ada banyak jenis lagi deodorant spray jenama Nivea Men. Nanti boleh la korang pilih dan beli di supermarket yer 🙂