Site icon Travel Blogger Malaysia

Noboribetsu Jigokudani Hell Valley Hokkaido Kolam Air Panas Asli

noboribetsu-jigokudani-hell-valley-hokkaido-02-copy

Negara Jepun masih lagi punyai banyak gunung berapi yang masih aktif. Di Pulau Hokkaido sendiri ada banyak yang boleh anda lawat. Kali ini, kami ke satu lagi lokasi Gunung Berapi yang terkenal di Hokkaido, iaitu Noboribetsu Jigokudani Hell Valley Hokkaido Kolam Air Panas Asli yang terkenal di Jepun.

Terletak kira-kira 111 km dari bandar Sapporo dan ia boleh diakses dengan kenderaan seperti kereta dan juga bas. Ada kemudahan laluan keretapi dan boleh berhenti di Noboribetsu Station, tetapi kena naik teksi atau pun bas pengantara untuk ke sana.Kos untuk ke Noboribetsu dari Sapporo sekitar JPY4700 (MYR174) untuk perjalanan satu hala.

Noboribetsu Jigokudani Hell Valley Hokkaido
 

Noboribetsu Jigokudani Hell Valley Hokkaido Kolam Air Panas Asli

 
Jigokudani (地獄谷) ataupun orang tempatan menggelarkannya “Hell Valley” (Kampung Neraka) satu lokasi yang menakjubkan. Ia dinamakan sedemikian kerana lokasi ini punyai banyak kolam air panas semulajadi terletak di pekan Noboribetsu.

Tak hairanlah, kawasan ini punyai banyak hotel dan tempat persendirian yang mempunyai kawasan Onsen (Kolam Mandian Air Panas) di mana ia menjadi budaya orang Jepun untuk mandi air panas. Kolam air panas sekitar ini dikatakan menjadi sumber utama ‘hot spring’ di Noboribetsu.

Dari kawasan kampung ini, anda perlu berjalan kaki sekitar 500 meter untuk ke kolam air panas utama Hell Valley Noboribetsu. Lokasi ini dikenali sebagai Oyunuma, kolam air panas sulfur dengan kepanasan air sekita suhu 50 degrees Celsius. Kiri dan kanan kawasan ini dipenuhi sungai kecil yang membawa air panas ini mengalir hingga ke sungai berdekatan.

Baca : MrJocko dan Kembara ke negara Jepun
 

 

Mengalir keluar dari kolam Oyunuma adalah sebuah sungai yang dipanggil Oyunumagawa. Air di sini masih panas. Ia mengalir melalui sehingga ke laluan hutan berdekatan.

Di sini, ada beberapa lokasi boleh anda singgah santai sambil merendamkan kaki ke dalam air panas sulfur ini sebagai satu terapi kesihatan. Di sebabkan masa MrJocko singgah ialah musim sejuk, jadi kami tidak berkesempatan. InsyaAllah, kalau ada rezeki, lain kali kami singgah lagi.

 

Kolam Air Panas Utama

 

Kedai Cenderahati dan Kafe

Memandangkan ia tempat terbuka dan untuk orang awam, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

Seperti biasa, jika anda nak tahu lebih lanjut tentang Kolam Air Panas Sulfur ini boleh baca di link ini Noboribetsu Jigokudani Hell Valley Hokkaido.

Exit mobile version