Site icon Travel Blogger Malaysia

Kedai Serbaneka RM2 Noko Malaysia Di Sunway Putra Mall KL

Sebelum ini kami sekeluarga ke Sunway Putra Mall untuk singgah makan. Kebetulan lalu di tingkat 2, terlihat ramai pelanggan yang sedang beratur untuk masuk ke outlet kedai serbaneka baru. Masa tu baru perasan, rupanya ada tarikan baru di shopping mall ini. Rupanya, ia majlis pembukaan rasmi Kedai Serbaneka RM2 Noko Malaysia Di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur.

Sebab masa tu ramai sangat, kami tak singgah. Malas nak beratur panjang-panjang. Ada masa InsyaAllah, ada peluang kita singgah tengok dan beli mana yang patut. Kalau dah harga rata-rata RM2, berbaloi untuk kita singgah beli kan?

Baca : Berbuka Pizza Hut di The Mall Kuala Lumpur

 


Kedai Serbaneka RM2 Noko Malaysia Di Sunway Putra Mall

Kedai Serbaneka RM2 Noko Malaysia Di Sunway Putra Mall 01 copy

Kami ambil masa selama satu jam juga masuk dan lihat apa yang ada dalam kedai serbaneka Noko Malaysia Sunway Putra Mall ni. Dari pintu masuk, sebelah kanan sudah kelihatan botol minuman, makanan dan beberapa sayuran dan buah disediakan di ruang sejuk beku.

Memasuki ruang utama, ada koleksi buku, mainan kanak-kanak, barangan household, sedikit pakaian, pinggang mangkuk dan juga ada peralatan untuk berkebun dan bunga plastik untuk dekorasi rumah anda.
 


 

Secara peribadi, Noko Malaysia di Sunway Putra Mall ni boleh menjadi tarikan tambahan untuk pengunjung datang ke pusat membeli belah ini. Dulu ia dikenali dengan nama The Mall, dan diambil alih menjadi Sunway Putra Mall, ia semakin menjadi semakin popular dikalangan pengunjung sekitar ibukota.

Banyak produk yang dijual di sini antara produk yang punyai kualiti berbading dengan kerdai serbaneka lain. Tengok sendiri, anda akan faham apa maksud saya. Untuk nilai RM2, agak berbaloi untuk berbelanja di Noko Malaysia.

On ya! Siapa yang tengah mencari kerja, apa kata sertai team Kedai Serbaneka Malaysia. Mereka sedang buka peluang kerja untuk beberapa outlet mereka di seitar Kuala Lumpur dan Selangor.

‘JOIN OUR GROWING FAMILY! We’re hiring now for NEW NOKO Stores at the following locations:
1) Sungai Mas Plaza, KL
2) Jaya One, PJ
3) Bandar Puteri Puchong
Email your CV to hr@noko.com.my or Whatsapp 018-2190944. For applicants applying for NOKO Sungai Mas Plaza, KL, you can walk-in to our Sunway Velocity Mall for interview on Monday – Friday, 2:30pm – 5:00pm.

#noko #nokomalaysia #sungaimas #sungaimasplaza #jayaone #bandarputeripuchong #jobmalaysia #jobs

Exit mobile version