Nong Nooch Botanical Garden Yang Indah Di Pattaya
|Nong Nooch Botanical Garden (Taman Botani Nong Nooch) terletak di keluasan 2.4 sq.km di Pattaya. Pertama kali sampai di sini, MrJocko kagum dengan taman terbesar di Thailand ini, yang merupakan taman hak milik individu. Nong Nooch Botanical Garden yang indah ini adalah taman berlandskap buatan manusia dan disusun dalam beberapa taman yang indah mengikut tema.
Seluruh kawasan Nong Nooch Botanical Garden umpama sebuah taman tema dengan beberapa bahagian taman dibina berbentuk taman kaktus, pokok palm, bonsai, stonehenge dan banyak lagi yang akan memukau mata anda.
Taman Botani Nong Nooch Yang Terbesar di Thailand

Pengalaman Yang Unik
Pengalaman berjalan-jalan santai melalui taman botani ini adalah seperti mengambil perjalanan di seluruh dunia, melalui banyak taman-taman yang terkenal, sama ada abad ke-17 taman Perancis, Stonehenge, atau Eropah Renaissance taman. Sama-sama menarik spesies khusus taman-taman, seperti kaktus dan tumbuhan berair, taska orkid, taman-taman palma tropika, bonsai dan taman topiary.
Pendek kata, di Taman Botani Nong Nooch Pattaya ini menyediakan hampir kesemua konsep taman menarik untuk semua.
Di samping taman botani yang besar, di Taman Botani Nong Nooch Pattaya ini ada disediakan hampir ratusan ekor Gajah yang dilatih khas di sini untuk persembahan dan pertunjukkan. Dari persembahan tarian Gajah, permainan bola dan pertunjukkan ala sarkas, anda boleh menyaksikan pelbagai aksi menarik Gajah yang mungkin anda tidak pernah lihat di tempat lain.
Apa Yang Menarik di Nong Nooch Pattaya?
Di satu sudut, ruang dewan besar di tengah-tengah Taman Botani Nong Nooch ini, ada pentas utama yang mana mereka akan mempersembahkan persembahan kebudayaan Thailand dan negara-negara ASEAN sekitar termasuk persembahan dari tarian kebudayaan Malaysia.
Setiap kali persembahan, hampir 3,000 pengunjung boleh menyaksikan persembahan ini dalam satu-satu masa. Ini antara satu pengalaman baru kepada MrJocko sendiri dan begitu teruja dengan persembahan kebudayaan selama hampir 1 jam ini.

Mulanya macam tidak percaya, ia adalah satu taman botani yang diuruskan oleh persendirian. Sebesar taman ini, ia memerlukan kos pengurusan dan pentadbiran yang semestinya besar, lebih-lebih lagi ia melibatkan haiwan seperti Gajah dan beberapa haiwan peliharaa lain termasuk Harimau.
Ia satu konsep yang tiada di negara ASEAN lain seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Laos, Myanmar dan lain lain. Sudah pasti, ini adalah lokasi wajib singgah jika anda berkunjung ke Pattaya, Thailand.

Cantik tak Taman Botani Nong Nooch Pattaya?
Memandangkan ada banyak penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Pattaya, ini masa anda untuk memilih bercuti ke Pattaya dan menikmati keunikkan yang ada di Nong Nooch Botanical Garden ini. Satu pengalaman baru, dan anda pasti akan terpesona dengan Pattaya, Thailand.