Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Noor Bahjat Damascus Pelukis Muda Berbakat Dari Syria

Art dan juga Kesenian Kreatif di Dubai juga adalah salah satu yang kini mendapat tempat dihati peminatnya. Sebab itu, Dubai juga adalah pusat terkumpulnya ramai artis seni halus dan kesenian kreatif samada kesenian seni lukis, seni arca dan beberapa cabang ‘art & design’ yang lain. Antara gallery yang menjadi tumpuan kunjungan peminat seni adalah di Ayyam Gallery, Alserkal Avenue, Dubai. Ada lukisan Noor Bahjat Damascus.

Ruang pameran yang luas ini jadikan ruang pameran utama dan menempatkan banyak hasil karya pelukis dan penggiat seni yang berpusat di Dubai. Antara yang menjadi buah mulut, adalah nama pelukis muda dari Syria, Noor Bahjat.

Baca : Pengalaman di Pasar Emas di Dubai UAE

 


Noor Bahjat Damascus Gallery

Ayyam Gallery Dubai Noor Bahjat

 

Noor Bahjat adalah pelukis muda yang berumur 23 tahun dan telah memenangi Anugerah “Ayyam Gallery’s Young Artist in Residency Program“. beliau adalah pelukis pertama yang bernaung di bawah program ‘Pelukis Muda’ di Ayyam Gallery di mana akan menjadikan mempamerkan koleksi lukisan beliau di Ayyam Gallery.


noor_bahjat_gallery_dubai_02

Noor Bahjat Damascus merupakan sorang graduan dari Akademi Seni Halus berasal dari Damascus, Syria. Noor Bahjat kini adalah yang terbaik di dalam kelasnya. Beliau bekerja dari lakaran terperinci sebagai pelukis, gaya ekspresionis dan dengan perkara terutamanya kiasan. Pelukis ini cekap dalam peralihan antara palet panas dan sejuk dan mencipta lukisan kanvas mendalam maksudnya. 

MrJocko bertuah kerana ketika kami singgah di Ayyam Gallery, kami sempat melihat Noor Bahjat menyiapkan beberapa lagi hasil lukisan beliau di Studio Khasnya yang terletak disebelah ruang pameran.

Di sini sahaja, ketika kami melawat ke sana, ada lebih dari 100 hasil lukisan Noor Bahjat, eksklusif untuk pameran dan dibuka untuk jualan kepada umum. Kebanyakkan motif lukisan Noor Bahjat Damascus ini adalah ekspresi muka dan ia memang sesuatu yang di luar lukisan yang kebiasaan MrJocko lihat di mana-mana gallery.

Antara koleksi Noor Bahjat Damascus

Noor Bahjat Damascus Seni Pelukis Muda Berbakat Dari Syria

Ayyam Gallery Dubai Noor Bahjat Ayyam Gallery Dubai Noor BahjatAyyam Gallery Dubai Noor BahjatNoor Bahjat Damascus Seni Pelukis Muda

 

Noor Bahjat Damascus pelukis yang memang berbakat dari Syria. http://www.noorbahjat.com/about/

Kata beliau, inspirasi beliau adalah ‘muka’ dan ia di olah mengikut kreativiti dan daya imaginasi beliau dipadankan dengan isu semasa. Banyak lagi yang diperkatakan, tetapi rasanya untuk anda yang lebih mahir dalam Seni Kreatif Lukisan ini akan lebih memahaminya.

Untuk anda peminat seni, ruang pameran lukisan dan juga seni kreatif ini, seperti di Ayyam Gallery adalah lokasi yang anda mesti lawat. Banyak lukisan yang menarik dan anda mungkin akan terpesona dengan beberapa hasil karya hebat dari pelukis yang ada di sana. Mungkin anda boleh mendapatkan koleksi lukisan atau seni halus ini dengan harga yang berpatutan, siapa tahu.

Untuk ke sini, anda boleh dapatkan teksi atau memandu di alamat : 

AYYAM GALLERY, DUBAI (AL QUOZ)

Unit B11, Alserkal Avenue

Exit 43 of SZR

Street 8, Al Quoz 1

Dubai, United Arab Emirates

Phone: +971 4 3236242  
Fax: +971 4 3236243
Email: dubai@ayyamgallery.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.