Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1
Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1 adalah pengalaman pertama MrJocko melalui cara kerja orang ‘filem’. Kami mula start penggambaran di Utara Semenanjung Tanah Air. Kami mulakan dengan negeri Perlis. Hari pertama shooting, kami mula di bandar Kangar.
Fokus Nota Kembara Bersama MrJocko adalah rancangan TV Travelogue yang akan mencari hasil kraf, pembuatan dan juga persembahan yang menarik di seluruh Malaysia. Tidak lupa, kami akan berkongsi beberapa tempat menarik di Perlis.
Nota Kembara Bersama MrJocko
Bukan senang nak shooting, walaupun ia nampak rancangan yang spontan dan santai. Permulaan, memang memakan banyak masa dan juga re-take. Selalu salah sebut dialog dan juga intonasi yang tak berapa jelas. Alahai…
Alhamduillah, selepas tunjuk ajar dari pengarah dan juga Crew, boleh la MrJocko perbaiki sedikit demi sedikit.
Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko
Ramai mungkin tidak tahu, banyak lokasi dan tempat menarik yang ada di Perlis. Jarang kita dengar dan juga jarang kita ambil tahu. Sedangkan, kalau melancong ke Perlis, banyak yang anda boleh cuba dan rasa.
Antara lokasi yang kami singgah ialah di Kangar, Gua Gelam dan sekitar sempadan. Banyak makanan yang menarik di Perlis, namun itu semua anda boleh tonton dalam rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko yang dijadualkan akan bermula siaran pada bulan Disember 2016.
InsyaAllah, ada masa MrJocko akan kongsi sedikit teaser tentang perjalanan dan penggambaran MrJocko bersama crew Nota Kembara Bersama MrJocko. Jangan lupa support dengan share update MrJocko dengan menggunakan hashtag #NotaKembaraBersamaMrJocko #LuncaiEmas
Sekian, sign out dulu ya…
Related Posts
-
Senarai Top 5 Pasar Malam Terkenal Di Selangor
No Comments | Aug 16, 2018
-
Restoran Kampung Nelayan Di Kota Kinabalu Sabah
4 Comments | Sep 29, 2014
-
Thailand Lanjutkan Pengecualian Bayaran Visa Pelancong
No Comments | Aug 22, 2019
-
Kenapa Perlu Melancong Ke Pulau Pinang
No Comments | Jul 16, 2023
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.