Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

Sarawak menjadi destinasi terakhir MrJocko untuk rancangan Travelogue kali ini. Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 akan berkongsi serba sedikit tentang perjalanan MrJocko ke hampir separuh negeri Sarawak, bermula dari daerah Sematan, Kuching, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Banyak tempat-tempat menarik di Sarawak sudah saya terokai dan hampir kesemua lokasi yang saya pergi adalah pengalaman pertama. Negeri yang memang kaya dengan budaya, masyarakat majmuk yang sejati serta tanah yang terbentang luas.

Baca : Pengalaman Naik Sarawak River Cruise

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

 


Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

 

Pengalaman kali ini saya dapat berjumpa dengan keramahan rakyat Sarawak samada suku kaum Bidayuh, Iban, Melanau, Murut dan beberapa kaum lain yang menjadi penduduk asal di tanah Borneo ini.

Kalau dulu, saya ingatkan pekan-pekan di negeri Sarawak ini kecil, tetapi mengejutkan saya bila dapat melihat bandar Sibu yang agak moden, kepesatan bandar Mukah dan juga lokasi bandar Sarikei dan Dalat yang mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri.

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

 

Jauh perjalanan, luas pandangan, betul kata orang-orang lama. Pengalaman menjelajah negeri Sarawak dengan sejauh 500km yang mengambil masa selama 10 jam akan menjadi kenangan terbaik MrJocko selama penggambaran di Sarawak.

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 ini memang akan dikemaskini dengan artikel penuh tentang cerita saya di Sematan, Kuching, Sarikei, Dalat dan Mukah. Kalau anda nak baca kisah cerita misteri di Sarawak, kisah kubur tergantung dan cerita parang yang mengorbankan kepala musuh, boleh baca di Blog MrJocko ini nanti.

 

http://www.mrjocko.com/2016/10/nota-kembara-bersama-mrjocko-teaser-6.html

Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.

Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.

Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian ke-6 dalam negeri Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannnya mempunyai keluasan 6969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau , Matu dan Daro. Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong,

Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersil adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.

Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot , Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak’s Unique Administrative Identity : Establishment of Divisoinal, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.

Sumber : Sarikei

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.