Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – Wrath of The Titans

 

 

 

Terima kasih kepada Nuffnang Malaysia dan TGC Cinemas kerana sponsor tiket preview Wrath of The Titans kepada MrJocko. Kali ni, kami ke TGV Sunway Piramid dan show start jam 9.15 pm.

 

Untuk filem Wrath of The Titans ( WOTT) ni adalah sambungan dari cerita Clash of The Titans. Kalau belum tengok cerita itu, sila tengok dulu supaya korang tidak terpinga-pinga akan kewujudan watak Zeus, Perseus, Hades, Ares, Kronos dan macam-macam lagi. Bagi aku ini juga antara filem epik, khayalan yang  bagus.

 

Filem mitologi Greek ini sambungan dari Clash of The Titans ini mengisahkan Perseus yang kini memilih untuk hidup sebagai manusia di bumi, berkahwin dan sudah mempunyai anak lelaki bernama Helius. Malang apabila isteri Perseus meninggal dunia dan hidup la Perseus dan anaknya Helius sebagai nelayan di sebuah kampung.

 

Kisah kembali panas apabila ada rancangan jahat dari Ares, adik kepada Perseus dan juga anak kepada Zeus merancang untuk menghidupkan kembali Kronos. Ares sudah gila kuasa dan ingin menakluki dunia. Zeus terpaksa meminta bantuan Perseus untuk membantunya menyelamatkan dunia dan alam Dewa-dewa.

 

Pada mulanya Persues menolak, tetapi selepas Zeus di tawan oleh Ares dan Hades di pusat tahanan bawah tanah, akhirnya Perseus terpaksa menyelamatkan ayah beliau, Zeus. Perseus bersama-sama Andromeda dan seorang lagi anak dewa yang kelakar bernama Agenar sama-sama sepakat untuk menyelamat kan bumi.

 

Untuk seterusnya, korang pergi la sendiri saksikan di pawagam berdekatan. Cerita ni memang best. Penuh aksi, malah aku juga tergelak-gelak melihat karektor Agenor yang lucu. Memang puas hati.

 

 

 

 

watak Agenor yang kelakar

 

Andromeda yang kiut,,,

 

 

Bagi penonton yang berusia di bawah 18 tahun, aku suggest ditemani dengan kehadiran orang dewasa kerana karektor Dewa, penggunaan God itu semua mungkin akan di salah tafsirkan oleh sesetengah remaja dan kanak-kanak.

 

Bintang : 4.8 out of 5

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.