Nurul Izzah Catering Caterer Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur
|Kalau korang nak cari Caterer terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur, memang tiada syarikat lain yang layak kecuali Nurul Izzah Catering. Syarikat caterer yang menyediakan perkhidmatan catering sejak lebih 14 tahun yang lalu memang menjadi pilihan ramai VVIP dan mereka yang mementingkan kualiti menu masakan dengan harga yang berpatutann.
Jenama Nurul Izzah Catering ni dah lama terkenal dan memang ramai yang kenal kehebatan servis dan kualiti makanan. Untuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis rasmi perasmian, program rasmi makan tengahari dan makan malam, majlis berkhatan, majlis tahlil dan banyak lagi majlis memang mereka sangat berpengalaman bukan sahaja menguruskan hal makan minum malah untuk yang mencari khidmat nasihat boleh dapatkannya terus dari pemilik syarikat Nurul Izzah Catering.
Nurul Izzah Catering Caterer Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur
Hari tu sempat singgah di ruang pejabat Syarikat Nurul Izzah Catering di Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong, Selangor. Masa tu mereka menyediakan sesi Food Tasting untuk bakal pelanggan mereka termasuk badan korporat, persatuan, orang perseorangan dan jemputan khas.
Ramai juga yang datang pada hari tersebut di sini untuk merasai keenakkan sebenar menu menu sedap yang disediakan oleh Nurul Izzah Catering.
Kalau sebut pasal menu catering di syarikat Nurul Izzah ni, ada banyak pilihan menu yang boleh pelanggan pilih. Antara yang MrJocko cuba masa food tasting hari tu ialah Sambal Udang Petai, Rendang Ayam, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng, Kari Terung, Laksa dan macam-macam lagi pencuci mulut yang memang sedap.
Untuk yang bertanya pasal kuih muih sampingan untuk hidangan, jangan risau, mereka memang menyediakan menu kuih tradisional seperti Kuih Bakar, Bingka Ubi, Popiah Goreng, Bubur Kacang Hijau, Bubur Kacang Merah dan juga Cendol. Ia boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet dan majlis pelanggan.
Semua menu disediakan dengan kualiti terbaik mengikut citarasa dan pilihan pelanggan. Mana tahu, ada pelanggan memang nak kuah terlebih pedas atau pilihan beras yang berbeza, semua boleh diuruskan dengan mudah.
Syarikat caterer Nurul Izzah Catering ini dah banyak kali menerima Anugerah termasuk kategori Best Turn Award Award Asia Pacific, Best Team Award Malaysia, Miche Award Malaysia, Best Sales Award Malaysia dan banyak lagi anugerah sampingan.
Yang lebih menarik kalau pelanggan menggunakan khidmat syarikat Nurul Izzah Catering ini ada pilihan untuk membuat bayaran secara tunai atau membuat bayaran menggunakan ‘easy payment plan ‘Maybank Credit Cards’. Servis pembayaran seperti ini jarang sekali ada pada syarikat lain.
MrJocko sendiri merasai keenakkan Kambing Golek di Nurul Izzah Catering. Kambing yang sihat dan segar ini dibakar panggang dengan rempah ratus khas. Ia memang antara tarikan utama pelanggan caterer. Ramai tetamu pasti akan teruja dan tak sabar nak makan Kambing Golek.
Paling menarik, untuk tempoh promosi kali ini, tawaran harga kambing golek murah siap di bakar panggang dengan hanya harga RM2,900 sahaja. Harga asal adalah RM4,200. Penjimatan sehingga RM1,300 hanya di Nurul Izzah Catering.
Jangan risau, servis syarikat Nurul Izzah Catering ini bukan sahaja menyediakan menu masakan yang sedap tetapi khidmat pramusaji (waiter & waitress) yang terlatih sepanjang majlis anda berlangsung.
Pasti ada yang merancang nak buat majlis kahwin, majlis tunang atau majlis makan malam dan sebagainya. Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang syarikat caterer terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur ini ialah :
Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut layari :
Laman web : www.nurulizzahcatering.com.my
Facebook : www.facebook.com/pg/nurulizzahcatering
Instagram : www.instagram.com/nurulizzahcatering
Tel : 603 – 8068 5410
Email : enquiry@nurulizzahcatering.com.my
Kalau nak tahu, Restoran Asap Steamboat & Grill juga adalah anak syarikat Nurul Izzah Catering http://www.mrjocko.com/2017/03/asap-steamboat-grill-food-review.html
penah dengar nama Nurul Izzah Catering ni. Ingatkan anak Anwar Ibrahim