Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ocean Park Hong Kong Anjurkan Acara Musim Panas Summer Carminal

Ocean Park Hong Kong anjurkan acara musim panas Summer Carnimal, antara acara terbesar mereka bermula dari sekarang hingga 2 September, yang menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan lain daripada yang lain! Lebih daripada HK$ 37 juta (RM 19 million) telah dilaburkan dalam Summer Carnimal tahun ini, untuk meningkatkan pengalaman para pengunjung di taman yang pernah memenangi anugerah ini.

Festival bertemakan musim panas dapat dirasai di seluruh Taman ini, yang menghimpunkan lebih dari seratus penghibur dari seluruh dunia dengan persembahan perarakan kostum yang bertemakan haiwan, juga persembahan kebudayaan asli Caribbean dan Brazil.

Baca : Kempen Summer Vacation Hong Kong

 


Ocean Park Hong Kong Anjurkan Acara Musim Panas Summer Carnimal

ocean park hong kong theme park
 

Bawa keluarga anda ke Hong Kong pada cuti persekolahan bulan Ogos yang akan datang dan nikmati keriangan musim panas yang luar biasa di Ocean Park – hanya 4 jam masa penerbangan ke Hong Kong! Berikut adalah pilihan utama kami untuk masa keriangan bersama keluarga anda.
 

ocean park hong kong theme park

ocean park hong kong theme park
 

Perarakan Musim Panas Caribbean
Setiap petang, penghibur-penghibur antarabangsa akan memakai kostum yang berwarna-warni, kreatif dan mewah dengan tiga tema utama: kehidupan marin, hidupan liar dan burung. Bersama dengan orang kaki bajang dan para pemuzik yang energetik, akan membawakan rentak muzik yang rancak dan irama yang mengasyikkan, penghibur antarabangsa akan mempesonakan para pengunjung dalam tiga perarakan Summer Carribean yang sangat bertenaga. Teruskan perjalanan ke Aqua City untuk berinteraksi dengan para penghibur dan alami suasana karnival yang unik di Taman ini. Perarakan ini akan berterusan pada waktu malam dengan para penghibur memakai kostum yang hebat dan mempamerkan gerakan tarian malam musim panas untuk berpesta bersama para pengunjung.

Viva Spectacular
Persembahan kebudayaan autentik Caribbean di Applause Pavilion ini menampilkan persembahan muzik yang hebat, tarian dan persembahan aksi oleh pelbagai penghibur terkenal, termasuk Ebon Grayman yang telah bersama Cirque Du Soleil selama 13 tahun, dan Shemika Campbell, Ratu Limbo yang memegang 3 Rekod Dunia Guinness. Persembahan lain termasuk pelbagai aksi lagak ngeri dan pertunjukan tarian yang mengkagumkan, di mana para penghibur akan menjemput penonton untuk menyertai mereka di atas pentas bagi merasai keseronokannya. Para pengunjung akan berpeluang mengambil gambar dengan krew Caribbean selepas persembahan tersebut.

Aqua Kaleidoscope
Ocean Theatre akan lebih meriah, dengan persembahan renang berirama yang mempesonakan oleh pasukan renang berirama kebangsaan dari Kanada. Para pengunjung akan merasa kagum dengan gerakan dan formasi yang dibuat dengan penuh teliti diiringi dengan lagu yang sangat harmoni. Persembahan balet air yang elegan ini akan mengujakan para pengunjung bersama pengalaman audio- visual yang yang mengasyikkan.

Whiskers Wet & Foam Bash
Aktiviti kanak-kanak yang popular di Ocean Park, Whiskers Wet & Foam Bash kembali dengan persembahan air pancut berwarna-warni dan gerbang skrin air, di mana seisi keluarga boleh menghilangkan rasa panas dan boleh menyejukkan badan sambil menikmati keseronokan bersama keluarga.

Wild Face Painting
Kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh mempamerkan semangat cintakan haiwan dengan cat muka yang istimewa dan unik oleh artis-artis di Ocean Park. Para pengunjung juga boleh melengkapkan penampilan diri mereka dengan topi bertemakan haiwan, boppers, t-shirt terikat bertema haiwan, sandal berfesyen dan lanyard yang bercahaya.

Baca : MrJocko dan Theme Park
 

ocean park hong kong

ocean park hong kong theme park

ocean park hong kong theme park

ocean park hong kong theme park
 

Street Acts and Shows
Di seluruh taman, terdapat pelbagai aksi jalanan termasuk Capoeira, muzik drum, tarian jalanan yang bertenaga di mana ia akan menambah pengalaman musim panas yang sensasi. Rasai kehangatan musim panas dengan persembahan Capoeira Musim Panas yang menakjubkan, Drum Dramatique, Cheerleading Dance Fever dan Movin ‘UP. Para penunjung juga boleh mengambil gambar dengan para penghibur yang memakai kostum yang bertemakan haiwan.

After Dark Summer Night
Pada waktu malam, DJ Burning Beats akan membuat persembahan di The Waterfront Plaza, yang memainkan lagu-lagu musim panas yang terbaik sepanjang malam. Para pengunjung juga boleh merasai hidangan musim panas dan minuman dingin dari Lakeside Chill, mereka juga boleh menyerlahkan gaya penampilan pesta dengan batang gelembung bercahaya, topi bertemakan haiwan dan lebih banyak barangan edisi terhad musim panas, bersama bengkel lukisan wajah dengan corak dan reka bentuk yang berwarna-warni.
 

ocean park hong kong theme park 10

ocean park hong kong theme park 10

ocean park hong kong theme park 10

Cool Cuisine

Selain daripada persembahan yang menarik, restoran dan kios makanan di Taman ini menyajikan lebih daripada 100 hidangan musim panas yang menarik, termasuk menu masakan Cina musim panas yang lazat yang disediakan oleh chef Michelin-star Chan Kwok-keung dari Hong Kong, serta pilihan makanan dan minuman istimewa musim panas gaya Caribbean. Para pengunjung yang mencari pilihan makanan halal boleh berkunjung ke Panda Café Food To Go yang terletak di kawasan Taman Amazing Asian Animals dan Dive Into A Float di Taman Marin Sedunia.

Layari laman web rasmi Taman Tema Lautan Menarik Di Hong Kong

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.