Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Offer Best dari Kushi Q, Tropicana City

Dah lama dah aku beli Voucher Jack Cow ni. Skali tengok dah nak dekat dengan Expiry Date.
Satu set, Bento Set dan Chicken Wings aku dah kasi si Tinie, skali dia membizikan diri pulak. Risau takut BURN, Puan Tinie setuju untuk kasi aku kebenaran guna balik Voucher yang aku bagi kat dia. Kira siku aku tak buruk la yer… 🙂

Depan kedai Kushi Q

Masa aku beli Voucher ni, aku beli satu set sahaja.Tapi pasal plan asal nak bagi kawan-kawan dan klien, aku beli 2 set. Aku kumpul dan beli 2 set Bento dan 2 set Chicken Wings. Jadi, masa order, punya la banyak. Rasa macam nak makan 10 orang pulak.

Bento Set
Dalam set Bento ni ada Nasi Kukus dan di campur dengan Telur separuh masak. Ada tembikai sikit, sup sayur, pastu sayur dan mayonis serta ayam dicucuk ala-ala satay dan di panggang, sangat sedap. Nasi dan telur tu,  lepas letak kicap, anak aku, Khalish dan Hasya suka betul. Si Kakak makan sampai habis, si Adik jer sikit lagi nak abiskan nasi tu.
Air Suam ada cam rasa Halia sikit.

Ini yang kami makan semalam
Total kami makan semalam bayar cuma RM5.90+RM5.90+RM7.50+RM7.50 = RM26.80 sahaja. berbaloi-baloi. Tempat kira ok la. Rasa masakan, walaupun konsep Kushi Q ni selera menu masakan Jepun, tapi aku dan family boleh makan.
Paling sedap, Ayam panggang yang di cucuk ala-ala satay. Rasa sedap dan lain dari yang lain. Chicken Wings yang di goreng ranggup serta kurang pedas. Nasi dan Telur di campur dengan sedikit kicap dan lada sula mengingatkan aku time makan di Korea bulan April lalu. Walaupun nasi kosong, tapi sangat sedap.
Kalau ada ke Tropicana City, boleh try. nanti korang sendiri boleh tau apa itu Kushi Q. Nak tau lebih lanjut, bleh ke www.kushiq.com . Harga yang di tawarkan aku boleh kata murah dan berbaloi. Sendiri cuba, sendiri tau.

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.