Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senarai Offer Buffet Ramadhan Yang Murah Di Bulan Puasa

Baru sehari start puasa, kita dah start cari tawaran Senarai Offer Buffet Ramadhan Yang Murah Di Bulan Puasa. Pasal apa, pasal time berbuka kalau boleh semua benda kita nak telan. Hehehe. jadi, kat mana ada tawaran atau offer Buffet Ramadhan yang murah menarik? 

Sepanjang bulan Ramadhan, ikut pengalaman aku, ada beberapa tempat berbuka Buffet Ramadhan yang murah dan menarik seperti : 

1. Selesa Inn Hotel. Kat situ ada cafe dan cafe kat Selesa Inn offer harga buffet sekitar RM25++ sajer. Memang murah. Pilihan makanan pun banyak.

  Senarai Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Menarik

 

 

2. Retoran Nelayan Titiwangsa. Ada menu berbuka ala-ala steamboat dan jugak menu melayu. Kalau mula2 aku try dulu cuma RM29++ jer sorang. Skang kalau tak silap sekitar RM45++. Nak tau lebih lanjut cari jer kat website Nelayan Titiwangsa.

 

Senarai Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Menarik 

3. Pizza Hut. Nampak cam pizza jer kan, tapi time berbuka best jugak. Kekadang ada Kumar Free dan Air Sirap Free Flow. Tahun ni dia offer menu baru. Yum Yum… Pakej yang ditawarkan murah sajer.

Senarai Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Menarik
Buffet Ramadhan Pizza Hut

  

Tempat lain yang aku ingat pun best jugak. Tapi harga kadang-kadang tak ingat punya. Mahal sesangat.

1. JW Marriot, sangat banyak pilihan lauk. Ada kambing golek, sangat la sedap

2. Westin Hotel, menu dia memang marveles. Siap ada satu bilik khas utk pencuci mulut sahaja,,, superb ooo.

3. Royale Bintang Damansara. Menu daging bakar dan juga kuih yang di sediakan memang melethops.

4. Vichudda Restoran di Damansara Utama, menu masakan Ala Thai. Feveret aku Tomyam memang kaw kat sini.

5. Di-Atas Brasserie, Legend Hotel. Punya lauk pauk yang best jugak. Pilihan menu melayu pun banyak

Yang lain dah tak ingat dah. Makan kat gerai pun best, pasal bleh jimat dan pilih banyak menu2 menarik.

Seawal Ramadhan ni jugak, bleh tengok offer kat Dealmates.com dan Groupon.com. Kat DealMates ada pakej berbuka kat Checkers Cafe di Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur. Pilihan menu berbuka cuma RM52.00 dan kemungkinan boleh bersama celebrity Jaafar Onn.

Kat Groupon plak, ada offer menarik pakej berbuka serendah RM45.00 sahaja. Menu seperti Kambing Panggang, Nasi Minyak, Kurma Daging, Udang dan banyak lagi pilihan.

 

Senarai Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Menarik Senarai Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Menarik 

Kalau nak makan Pizza Hut untuk berbuka pun murah jugak http://www.mrjocko.com/2013/07/promosi-pizza-hut-buffet-ramadhan.html

So, apa lagi. Jom try Buffet Ramadhan…

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.