Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Oishi Minuman Teh Hijau Sedap Dari Jepun

Pertama kali mencuba Oishi minuman Teh Hijau ini ketika MrJocko bercuti di Tokyo, Jepun pada tahun 2012. Ya, masa itu memang tidak begitu kisah sangat tentang Teh Hijau, sekadar mencuba kerana ia antara minuman popular di Jepun.

Sekali cuba, memang sedap. Ia tidak seperti teh biasa di Malaysia, rasa teh hijau Oishi ini agak nipis dan semestinya kurang sangat kandungan gula. Itulah rasa teh hijau yang sebenar. Itu juga rasa Oishi teh hijau yang original dari Jepun ini.

Oishi minuman teh hijau Jepun ini ketika di Tokya, MrJocko beli di kedai serbaneka 7-eleven dan mudah dibeli juga di ‘Vending Machines’ minuman yang banyak di tepi jalan bandaraya Tokyo.

 

Oishi minuman teh hijau Jepun

 

 

Mungkin jika anda tidak biasa dengan teh hijau, anda akan rasa agak kekok dengan rasa ‘teh hijau’ ini. Tapi dengan Oishi, tak perlu risau kerana ia dibuat khas untuk orang Asia seperti kita. Lagipun, teh hijau bagus untuk kesihatan, tambah pula dengan minuman seperti ini yang tiada gula, memang bagus untuk kesihatan.

Jika di Tokyo, beberapa tahun yang lepas, MrJocko hanya mencuba rasa teh hijau jenama Oishi ini perisa Original sahaja, kini di Malaysia, MrJocko dapat cuba beberapa lagi perisa baru Oishi termasuk perisa Genmai dan juga Honey Lemon. Rasanya ada juga satu lagi perisa Black Tea Lemon jenama Oishi, tetapi tak jumpa pulak. Ingat nak cuba perisa yang ini, rasa teh yang lebih keras dari biasa.

 

Oishi teh Hijau Jepun oishi-green-tea-00

oishi-green-tea-07
Oishi Original
Oishi teh Hijau Jepun
Oishi Genmai
oishi-green-tea-08
Oishi Honey Lemon

 

Setakat hari ini, MrJocko suka dengan rasa Oishi Honey Lemon. Ada sedikit rasa seperti Teh O Limau, tetapi dengan rasa teh hijau Jeoun yang lebih nipis dengan bau yang lebih harum. Ini kalau dapat dalam rasa yang agak suam atau panas, mesti lebih ‘kick’.

Sebagai info untuk anda yang sukakan teh hijau, boleh cuba produk Oishi ini. ‘Green Tea Oishi’ serba baru kini boleh di dapati dalam tin bersaiz 300ml, lebih senang untuk anda bawa ke mana-mana.

Oleh sebab ia adalah produk teh hijau terbaik dari Jepun, daun-daun teh asli jenama ‘Oishi Green Tea’  dibancuh daripada 100% daun teh organik yang ditanam di ladang-ladang organik dan sudah disahkan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja.

Kini dengan saiz tin yang lebih sesuai dan lebih kecil, ia tetap hebat.  Oishi minuman teh hijau ini punyai “saiz yang lebih kecil, rasa sama hebat”. Bila lagi anda nak cuba rasa Oishi (bermaksud sedap dalam bahasa Melayu).

Oishi Teh Hijau Oishi Teh Hijau

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.