Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia Pathok

Pertama kali dengar nama Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia Pathok. Semasa perjalanan pulang ketika menghabiskan selama 6 hari lawatan dari Surabaya ke Jogjakarta, Tour Guide kami membawa kami singgah di lokasi shopping yang terakhir di Jogjakarta. Kedai paling terkenal dengan Bakpia Pathok yang terletak di Jalan Mataram. Inilah kedai Bakpia Pathok 25, Ole-ole Khas di Jogja.
Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia

Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia

Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia
Bakpia ni sejenis kuih tradisional di Pulau Jawa dan terkenal di Jogjakarta. Ia adalah kuih tepung gandum yang mempunyai inti seperti Kacang Hijau, Keju, Coklat atau Nenas. Paling terkenal ialah Bakpia Kacang Ijo (Kacang Hijau). Harga Bakpia satu kotak yang mengandungi 15pcs Bakpia hanya Rp28,000 sahaja (RM7.50). Murah jer…
Kalau nak yang ada 20pcs, harga dia mahal sikit sahaja, iaitu Rp32,000 (RM9.00). Harga sama untuk 15pcs Bakpia Keju, Coklat atau Nenas.

Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia

Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia

Baca : Bakpia Terkenal di Jogjakarta

Selain Bakpia, ada banyak lagi Ole-ole lain yang anda boleh beli kat sini. Ada kerepek, ada ikan belut kering, kuih kering lain dan banyak lagi. Harga memang berpatutan. Pasal urusan pembungkusan anda jangan risau. Anda beli banyak atau sikit, staf di Bakpia Pathok 25 akan tolong anda bungkus dengan kemas. Untuk yang beli beberapa barangan, ia dibungkus dengan kotak kecil. Bagi yang bersaiz besar, anda boleh bungkus dengan kotak yang sesuai dan khidmat ini adalah percuma.
Menu Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia Pathok memang sedap. Rasa gamdum dan campuran inti Kacang Hijau yang memang panas dan baru di masak, di angkat dan terus di bungkus membuatkan kualiti Bakpia memang terbaik. Kalau ke Jogja, jangan lupa beli Ole-ole Bakpia.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.