Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aku on leave Dan Iftar kat Tugu View

Smlm, terpaksa ambik Leave. EL = Emergency Leave. Plan asal nak bwk Kiki ke Klinik pasal selsema 2-3 hari lepas. Kebetulan, kontraktor nak dtg umah nak pasang kipas dan tambah plug. Weekend tak bleh pasal dia dah ader appointment lain. Aku EL, wife aku pun sama ikut nak EL. Aku masih byk lagi cuti blum abis ni. Ader lagik 11 hari. Tinggal 3 bulan lagi. Kira byk la tu. Hehehe…
Ngam2 kul 10.00am, kontraktor tu sampai. Sib baik dtg 2 org. Kira cepat la. Start ngan tambah wall plug 2 bijik kat main entrance, satu extra kat dapur, pastu pasang kipas dan last skali tambah extra kat balkoni. Nak buat aper? Aku nak pasang lampu lip lap raya. Buleh?
Smua keja abis kul 1.00tghari. Lps jer kontraktor tu balik, kebetulan umah dah sepah, aku decide nak susun atur balik bilik aku, bilik anak aku, dan jugak ruang dapur. So, kitaorang start dgn bilik Khalish, Aku ubah, modified katil 2 tingkat, kemudian aku asingkan menjadi 2 bijik katil. Satu aku kekalkan as katil. Satu lagi aku ubah jadik Day Bed. Jadi ke tak jadi, tak kisah la. Sayang lak nak buang. Beli mahal tu… baru setahun lebih, satu kayu bawah tu dah kena makan dek “BUBUK”. Nama betul aku tak tau la. Org kampung aku, Kelate panggil tu BUBUK. Jenis parasit yg makan kayu. Dah tak leh nak selamatkan lagi.
Abis ngan bilik Khalish, aku kemas sikit kat bilik tido. Yg paling rajin of coz la wife aku. Dr sapu lantai, pastu susun balik brg2 yg ader, kendian mop lantai. Sampah sarap pun kitaorg buang smalam. Buang skali benda2 yg tak guna, lama, rosak, dan yg tak perlu. Aku rasa penuh 2 tong sampah tu, aku punya jer.
Sedar sedar dah kul 5.00ptg. Baru sedar dah penat. Kaki aku “krem” & kejang. Nak duduk tak leh. Adusss… pastu dpt sms dr Mya, tanya jadik tak buka posa kat Tugu View. La,,, hari ni ker? Lupa lak aku. So, aku cakap jadik jer la. Dah lapar giler ni. Memang best kalau dapat buka with Buffet. Tak leh byg kan aku, time penat ni, aku rasa 5 jug air pun aku bleh togak cam tu jer… Dahaga yg amat. Sib baik bulan posa. Sabarrr…
Kul 6.45pm aku sampai kat Tugu View. Kelibat Mya, Fin, Ida, Hamid, Hasmiron semua dah tunggu nak berbuka. Pastu baru Rahmat dah Zalmi sampai. AKu sampai jer, trus duduk. Sempat ambik kuih jer. Tak larat dah nak jalan. Sib baik Hamid ambik kan kitaorang nasik. Rahmat ambik air.
Dgr jer azan, aku dah tak sempat nak jamah kurma. Aku terus jer blasah 3 gelas air bandung sama air cincau. Fuh… Nikmat yg teramat bila berbuka ni. Trus tambah dgn kuih jer dulu, kendian baru aku blasah nasi. Masa lps makan, aku dah tak larat nak borak ngan diorang dah.
Aku tgk wife aku, adik aku, serta aku sendiri, mata dah mamai. Penat sangat2 tadi. Tak larat punya pasal, dlm kul 8.00pm jer, aku mintak diri. Sorry guys, balik umah la. Penat sangat.
On da way, aku singgah beli hook utk langsir. Nak pasang langsir, tadi aku dah tukar dan basuh langsir lama. Skang nak pasang kepala langsir. Baru ambik kat umah Kak Ida Ahad lepas. Lps pasang, baru aku merasakan langsir aku tu dah complete.
Sambil aku dah mamai atas kusi, sambil mata asyik tutup bukak, tutup bukak, ….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.