Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan Sehingga Jam 12.00

Terkini, Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan Sehingga Jam 12.00 Tengah Malam. Mengikut informasi yang kami terima, Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID19 hari ini bersetuju dengan cadangan supaya stesen minyak, restoran, kedai makan, kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa PPN dengan waktu operasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Perkara ini akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19. Kerajaan juga setuju seragamkan waktu operasi stesen minyak dan kedai serbaneka dan beberapa sektor lain di semua Fasa PPN mulai 6 pagi hingga 12 malam kecuali kawasan PKPD.

Baca : Fasa 1 Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 Di Malaysia

Waktu Operasi Kedai Makan

 


Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan Sehingga Jam 12.00 Malam

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan
 

Ini semestinya berita gembira buat semua. Selepas semua aktiviti ekonomi di suruh untuk total lockwon pada 1 Jun 2021, memasuki bulan September 2021, kini sudah banyak kelonggaran SOP yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk Travel Bubble ke Langkawi, pembukaan beberapa lagi sektor ekonomi dan kini lanjutan masa operasi kedai makan, stesen minyak, kedai serbaneka dan lain-lain yang disebutkan.

Ramai yang berpendapat, kelonggaran waktu operasi ini akan bermula pada 1 Oktober, selari dengan cadangan untuk Travel Bubble ke Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman.
 

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan
 

Kemas Kini : 1.30pm, 23 September 2021

“Petikan dari Facebook Khairy Jamaluddin

Lagi kelonggaran diumumkan Kerajaan :
• Bermula esok, 23 September 2021 – kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka beroperasi 6.00am – 12.00am
• Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4, Pahang ke Fasa 3, Johor ke Fasa 2 berkuatkuasa esok, 23 September
• Spa, pusat kesihatan, urut kesihatan, zoo, akuarium, snorkeling, skuba, memancing dan taman rimba dibenar beroperasi berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Manfaatkan kelonggaran, jaga SOP di mana kita berada.”

Sebelum ini juga, pihak Kerajaan sudah memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang sudah lengkap Dos Vaksinasi termasuk 14 hari waktu ‘grace period’ boleh dine-in di cafe, restoran atau gerai makanan. Namun, hanya untuk sehingga jam 10.00 malam sahaja.

Kini, waktu operasi kedai makan, kedai runcit serbaneka, stesen minyak dan beberapa aktiviti ekonomi lain akan dibenarkan beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam. Ini pasti akan memberikan kegembiraan kepada semua dan akan kembali merancakkan ekonomi dalam negara.

Sumber : Facebook Friends of KJ

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.