Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Operasi Mencabut Gigi Susu Khalisha Dengan Doktor Gigi

Tak tahu pasal apa, tiba-tiba Wife aku perasan gigi baru Khalish nak tumbuh dibelakang gigi sebelah bawah bahagian depan, sedangkan gigi susu Khalish masih lagi kuat dan takder rosak pun. Jadi kena buat Operasi Mencabut Gigi Susu Khalisha Dengan Doktor Gigi.

Sabtu lepas, aku kononnya nak buat appointment dengan Dentist Panel company aku, sekali Nurse kat kaunter tu cakap tak payah appointment, datang sajer. Aku pun OK la.

Kul 2.00pm kami sampai di Klinik Gigi Dr Sharifah Aminah Greenwood. Sekali rupanya rehat sampai kul 2.30pm. Ok la, kami minum air kelapa depan tu kejap. Pukul 2.30pm kami masuk balik. 

Dah abis register, pasal first time ke situ, skali nurse tu cakap doktor sampai kul 3.30pm kot, jalan JEM. WTH??? Suka2 jer doktor nak datang kul berapa? Tak der etika langsung. Tau la gaji doktor ni mahal, main suka2 plak pesakit tunggu doktor padahal pesakit yang kasi rezeki kepada doktor. Aku dah la demam, bengang betul.

Nak tak nak kena tunggu jugak la untuk Operasi Mencabut Gigi Susu. Sejam lebih. Betul2 sekitar 3.30pm doktor sampai. Trus bawak masuk anak aku Hasya utk check gigi. Terpaksa la senyum tak ikhlas kat doktor padahal dalam hati bengang nak mampus.

Aku tengok doktor tu check, katanya gigi Hasya Ok. Pastu baru time si Khalish.

 

Lepas tengok gigi Khalish, doktor confirm cakap kena cabut. Kalau tak gigi berlapis. So, aku terpaksa tenangkan Khalish, cakap elok2 dan janji nak beli aiskrim. Risau aku dia menangis.

Mula2 doktor letak gel kaler pink, strawberry katanya. Lepas tu masa doktor cucuk jarum utk bagi gusi kebas aku tgk Khalish menangis skit. Lepas tu OK. Dan, lepas 2 minits doktor trus cabut 2 batang gigi susu Khalish. Masa tu Khalish nangis sakit. Sib baik tak kuat. Sekejap jer dua-dua batang dah di cabut. Lega.

Operasi Mencabut Gigi Susu

 

Operasi Mencabut Gigi Susu

 

 

Lepas abis cabut gigi, Khalish masih lagi nangis, tapi dlm keadaan sedu sedan jer la. Sib baik la smua dah ok.  Bila aku tanya, dia kata dah tak sakit, cuma dia masih terkejut kot. First time jumpa doktor gigi. Kalau kita dewasa pun cabut gigit rasa sakit, kan?

Operasi Mencabut Gigi Susu

Ini selepas 5 jam, semua dah ok. Dah siap boleh makan nasi, “tak sakit dah” kata Khalish. Alhamdulillah… 🙂

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.