Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Orang Melayu Mudah Lupa Hutang

Pernah dengar apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ‘Melayu Mudah Lupa’? Memang orang melayu mudah lupa. Dan yang paling ketara, orang melayu memang mudah lupa kalau berhutang. Hari ni pinjam, esok lusa dan tiba masa nak bayar, ramai akan ada melayu mudah lupa.
Gitu la realiti masyarakat kita kebanyakkannya. MrJocko sendiri pun memang mudah lupa kalau nak bayar hutang. Kenapa boleh lupa bila nak bayar hutang??? Selalunya pasal duit dah tak ada nak buat bayar hutang.
Pernah tak ada kawan-kawan datang minta tolong nak pinjam duit dan janji nak bayar minggu depan??? Kita kebetulan ada la duit lebih sikit. Oleh kerana dia janji nak bayar minggu depan, kita pun bagi. Sedangkan itu duit untuk kita bayar bil telefon atau bil letrik untuk hujung bulan.
Tetapi selepas seminggu, kawan yang pinjam tadi, buat-buat lupa. Macam tak ingat yang dia janji nak bayar hutang kita. Camana tu??? Bila kita tanya, ‘Alamak, aku lupa la bro. Aku bayar hujung bulan lepas gaji la, boleh?’ jawab nya…
So, nak buat camana? Paksa pun memang dah tak da duit nak bayar. Kita pulak, yang pemilik asal, terpaksa pinjam orang lain nak buat bayar Bil Telefin atau Bil Letrik rumah kita. Kesudahan, lama-lama masing-masing akan tarik muka dan bergaduh.
MrJocko ingatkan diri sendiri, lepas ini perkara utama yang perlu ingat ialah hutang. Kalau tak boleh setel sekaligus, kena setelkan sikit-sikit. Biar la sikit, janji bayar. Jangan la sampai bila-bila kita jadi manusia yang tergolong dalam golongan Melayu Mudah Lupa. Ingat, bukan kita seorang sahaja yang PERLU DUIT UNTUK HODUP, kawan-kawan kita juga perlukan duit untuk hidup.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.