Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Osaka Station Tempat Transit Utama Di Kansai Prefecture Jepun

Perjalanan dari Kyoto ke Osaka Station tidak la jauh sangat. Ikut perjalanan keretapi JR Lines ia hanya memakan masa selama sekitar 45 minit saja. Kalau memandu kereta, sekitar 50 minit. Tetapi, nak thrill kalau di Jepun, memang kena naik keretapi. Ini sebab, Osaka Station Tempat Transit Utama di Kansai yang terkenal.

Dalam stesen Osaka ini, ada puluhan jalan keretapi atau ‘rel keretapi’ termasuk Shinkansen, LRT atau Subway dalam satu bangunan.Jadi, kalau nak ke mana-mana di Kansai Prefecture ini, singgah la di Osaka Station. Senang la nak cari jaringan keretapi ke destinasi anda.

Baca : Travel Guna Shinkansen Di Jepun Beli Pakej JR Pass

Osaka Station Tempat Transit Utama Di Kansai

osaka-station-pusat-transit-utama-di-kansai

 

Sedikit info tentang Stesen Keretapi Osaka. Ia  adalah sebuah stesen keretapi utama di daerah Umeda di Kita-ku, Osaka, Jepun, yang dikendalikan oleh West Jepun Railway Company (JR West). Ia membentuk terminal kereta api utama di bandar ini.

Antara jaringan keretapi yang ada di Osaka Station ialah JR Kobe / Kyoto Lines (Tōkaidō Main Line) dan Loop Line Osaka,  JR Takarazuka Line, JR Takarazuka Line dan kawasan Hokuriku melalui JR Kyoto Line. Osaka Station juga menyambungkan keretapi menuju ke Nara, Wakayama dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai melalui Loop Line Osaka.

Osaka Station dan juga Stesen Umeda ni kira bercantum sebelah menyebelah. Kedua-dua ini membentuk stesen paling sibuk di Barat Jepun. Rekod perkhidmatan untuk stesen Osaka ini ialah seramai 2,343,727 penumpang dalam masa sehari pada tahun 2005 dan Stesen Keretapi Keempat Paling Sibuk Di Dunia. 

Osaka Station juga menempatkan sebuah terminal besar untuk perkhidmatan ke bandar-bandar lain di Jepun. Pndek kata, di Osaka Stattion dan Umeda Station ini lengkap untuk pilihan pengangkutan awam jika anda berasa di Kansai. 

 

osaka-station-pusat-transit-utama-di-kansai
Peta Osaka Station Jepun

Osaka Station Tempat Transit Utama Osaka Station Tempat Transit Utama osaka-station-pusat-transit-di-kansai Osaka Station Tempat Transit Utama osaka-station-pusat-transit-di-kansai Osaka Station Tempat Transit Utama

 

Cara nak keluar dan beli tiket juga mudah di Osaka Station. Ada banyak mesin untuk membeli tiket keretapi atau subway. Kalau tak faham, ada ramai petugas di Osaka Station yang boleh membantu anda. Ada yang fasih berbahasa English.

Ia merupakan satu pusat sehenti. Osaka Station tempat transit utama di Kansai dan memudahkan perjalanan pelancong atau pengembara seperti MrJocko. Di dalam dan di luar bangunan ada banyak pilihan kedai makan atau shopping mall boleh anda singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Jadi, kalau nak travel ke Jepun dengan bajet murah, antara Tips Travel ialah menaiki keretapi. Dan pastinya, pusat transit di Kansai ini ialah di Osaka Station.

Kalau nak travel mudah guna Subway, boleh beli Osaka Amazing Pass 1 Day dengan harga Yen600 per pax untuk hari minggu dan Yen 800 pada hari kerja biasa.

Harga Osaka Daily Subway Pass Cuma 600 Yen Untuk Seorang

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.