Osama Bin Laden akhirnya terkorban
|Dimana2 di internet, Yahoo, Google dan search engine lain sudah kecoh dan tersebar berita kematian Osama Bin Laden, ketua dan perancang utama kumpulan Al-Qaeda.
Individu paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat ini, Osama Bin Laden diberitakan terbunuh selepas satu serangan disebuah rumah agam tempat persembunyiannya di Pakistan. Kenapa Pakistan, bukan negara lain, aku pun tak tau. Berita ini disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Kesahihan kematian Osama Bin Laden ni, aku rasa kita tunggu sehari dua lagi. Rasanya selagi mayat tidak diketemui, Al-Qaeda pun mesti berani menyangkal dan menafikan dakwaan itu.