Site icon Travel Blogger Malaysia

OSIM uCozy 3D Mesin Urutan Mudah Alih

Mungkin ada antara kita yang selalu menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, tambah-tambah lagi di bahagian pinggang, belakang, bahu dan juga tengkok. Kadang-kadang rasa lenguh badan ini berlarutan sehingga beberapa hari dan boleh menghalang kita dari melakukan aktiviti seharian dengan selesa. Sebab itu, kalau ada niat untuk dapatkan mesin atau alatan mengurut elektrik, apa kata cuba produk OSIM uCozy 3D, alat urutan yang mudah alih.

OSIM uCozy 3D Massager ini memang sesuai untuk anda kerana ia mudah alih, pelbagai guna dan harga yang berpatutan. Untuk jenis OSIM uCozy 3D ini, anda boleh guna untuk kegunaan di dalam rumah atau juga ketika memandu. Osim uCozy 3D ini boleh digunakan untuk semua lapisan umur dan mempunyai konsep urutan umpama urutan tangan, sesuai untuk urutan bahu, tengkok dan juga bahagian belakang yang ringan. 

Untuk mereka yang selalu travel seperti MrJocko, senang nak bawa ke mana-mana menggunakan kereta. 

Mesin Urut OSIM uCozy 3D

OSIM_uCozy_3D_01

 

Harga Mesin Urut OSIM uCozy 3D

Harga jualan untuk satu unit OSIM uCozy 3D ini ialah RM298 termasuk GST dan ia dijual dalam dua warna, iaitu warna Latte dan juga Merah. Setiap unit OSIM uCozy 3D datang dengan set 1 unit uCozy, kabel letrik, kabel untuk kereta, tali pinggang dan juga buku manual.

Untuk nilai OSIM uCozy ini memang berbaloi dan MrJocko sangat syorkan untuk anda cuba. Berbaloi sebab kalau urutan biasa satu jam, perlu dibayar sekitar RM50. Jika RM298, anda boleh gunakan mesin urut OSIM uCozy sehingga bertahun lamanya. Jangan risau kerana uCozy 3D disertakan dengan Warranty selama Satu (1) Tahun PERCUMA.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari : OSIM Malaysia dan anda boleh lihat banyak produk-produk menarik di OSIM Malaysia.

Exit mobile version