Otaru Canal Hokkaido Sejarah Pelabuhan Terkenal Abad Ke 20 Di Jepun
|Tempat menarik di Hokkaido yang berada di kedudukan peta berdekatan Sapporo ialah Otaru Canal. Otaru Canal Hokkaido Sejarah Pelabuhan Terkenal Abad Ke 20 Di Jepun. Di sini, zaman dahulu terdapat barangan dari kapal-kapal besar diangkut oleh kapal yang lebih kecil, yang kemudiannya membawa barang-barang itu ke gudang di sepanjang terusan Otaru (Otaru Canal).
Setelah lama terbiar, hasil usaha dan inisiatif beberapa pihak, akhirnya kawasan ini, khususnya Terusan Otaru Hokkaido dipulihkan dengan indah pada tahun 1980-an. Sementara itu, kawasan sekitar yang dulunya sebuah gudang kemudian diubah menjadi muzium, kedai dan restoran .
Otaru Canal Hokkaido
Terusan Otaru ini antara lokasi yang semakin popular di sekitar Sapporo. Ia dikunjungi oleh ramai pelancong tempatan dan luar negara sejak dari pagi, hingga membawa ke waktu malam.
Sepanjang musim, ia punyai pemandangan yang menyegarkan. Seperti waktu musim sejuk, masa MrJocko singgah di sini, pemandangan waktu siang memutih dengan timbunan salji. Di tambah dengan lampu yang menarik di waktu malam, Terusan Otaru Hokkaido adalah destinasi pelancongan wajib lawat di Jepun.
Oh ya! Terusan lagenda Otaru di Hokkaido ini berfungsi sebagai tapak utama salji di bandar ini sempena dengan Pesta atau Festival Musim Sejuk. Kalau Winter Season di Hokkaido, kat sini antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari.
Untuk yang nak lebih aktiviti dengan pengalaman terbaik di Terusan Otaru Hokkaido, boleh cuba untuk menaiki Otaru Canal Cruise di sini. Mereka menyediakan khidmat menyusuri Terusan Otaru dengan harga yang murah dan berbaloi untuk semua.
Untuk harga Otaru Canal Cruise waktu siang, ia bermula dari harga JPY1500 (MYR54) untuk dewasa dan JPY500 (MYR18) Kanak-kanak dan untuk Otaru Canal Cruise waktu malam, ia bermula dari harga JPY1800 (MYR65) dan JPY500 (MYR18) Kanak-kanak.
Maklumat lanjut, layari laman web Otaru Canal Cruise Hokkaido
Baca : MrJocko dan Percutian Musim Sejuk ke Hokkaido
Kawasan ini juga ada banyak restorang yang menyediakan menu Muslim Friendly Restaurant. Yang mana menu di restoran mereka fokus kepada menu seafood dan punyai menu halal. Untuk semakan restoran yang menyediakan menu halal di Hokkaido boleh semak di laman web ini Halal Muslim Hokkaido atau di laman web ini Halal Map Hokkaido.