Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Sekiranya anda singgah di Otaru Canal Hokkaido, tak perlu pergi jauh, boleh singgah untuk melihat sendiri satu lagi tempat menarik di Hokkaido yang dikenali juga dengan jolokan nama Sakaimacho Dori. Secara peribadi, MrJocko boleh katakan bahawa Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik yang ada tarikan tersendiri di Jepun.

Selain dari lokasi Tanukikoji Shopping Street dan Pole Town di Sapporo, Otaru Sakaimachi Street juga ada banyak pilihan untuk mereka yang suka shopping. Walaupun di sini tiada banyak pilihan kedai berjenama, namun, ada banyak produk menarik untuk di beli, khususnya cenderahati atau kenangan bila melancong ke Hokkaido.

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Jalan Sakaimachi (Sakaimachi Street atau Sakaimachi Dori) adalah satu jalan yang menarik dan terpelihara di tengah pekan Otaru. Anda boleh berjalan kaki di sepanjang jalan ini dalam beberapa minit sambil melihat banyak kedai-kedai menarik di kiri kanan.

Mengikut sejarah terdahulu, Semasa pembangunan Pulau Hokkaido pada akhir 1800-an dan awal 1900-an, pekan Otaru berkembang pesat sebagai bandar pelabuhan. Ketika itu, banyak syarikat perdagangan dan perkapalan membina bangunan gaya Barat yang mengagumkan di pusat bandar ini untuk menempatkan pejabat, pusat operasi dan juga kedai mereka.

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Kini, selepas lebih 100 tahun, banyak bangunan di Sakaimachi Street Hokkaido telah diubah menjadi restoran, hotel bajet, kafe, kedai cenderamata, butik dan juga muzium. Di sini juga, terdapat juga beberapa bengkel kaca bagi pelancong untuk menikmati pengalaman krafttangan dalam membuat Glass Otaru mengikut gaya orang tempatan.

Selain dari tempat shopping di Otaru Sakaimachi Street Hokkaido, ada banyak lagi lokasi menarik yang boleh anda singgah sebagai lokasi wajib lawat di Otaru termasuk Music Box Museum Otaru, Glass Workshops Otaru, Museum of Venetian Art dan juga Bank of Japan Museum Otaru.

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Otaru Sakaimachi Street Hokkaido Tempat Shopping Unik

Baca MrJocko Suka melawat Shopping Mall

Ada banyak informasi lain yang boleh anda baca tentang Otaru Sakaimachi Street Hokkaido. Antara link yang boleh anda baca ialah di Japan Guide https://www.japan-guide.com/e/e6704.html dan juga di sini Japan Hoppers Sakaimachi https://www.japanhoppers.com/en/hokkaido/otaru/kanko/1781/

Yang pasti, berbaloi juga singgah di sini, tambah lagi di musim sejuk kerana pemandangan memutih sepanjang musim memang memukau mata sesiapa sahaja. Namun, kalau anda tak tahan sejuk, ia mungkin jadi masalah untuk anda. 🙂

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.