Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pablo Cheese Tart Sedap Di Dotonbori Osaka Jepun

Tak sangka kunjungan MrJocko ke Osaka kali ini, kami sempat singgah di Pablo Cafe Osaka, salah satu cafe yang menjual Cheese Tart yang terkenal di Jepun. Di sini, Pablo Cheese Tart Sedap Di Dotonbori Osaka menjadi terkenal kerana rasa tart keju (cheese tart) yang sangat sedap.

Pablo Cafe di negara Jepun ini adalah antara cafe yang menjual Cheese Tart jenama PABLO pertama di Dotombori di Osaka. Oleh kerana keunikkan dan kesedapannya, ia menjadi semakin terkenal di Jepun. Sampai satu tahap, anda terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan produk viral cheese tart ini.

pablo cheese tart dotonbori

 


Pablo Cheese Tart Sedap Di Dotonbori Osaka

Pablo Cheese Tart Osaka
 

Kat cafe Pablo Osaka ini, semestinya Tart Keju ini yang menjadi tumpuan. Semasa MrJocko singgah untuk mencuba menu Pablo Cheese Tart di Osaka ini, kami mencuba 3 jenis cheese tart yang dijual di sini. Antaranya ialah menu Pablo Sabrel Cheese Tart Original, Pablo Sabrel Cheese Tart Green dan juga Pablo Sabrel Cheese Tart Black.

Untuk menu makan di cafe ini, kombinasi Pablo Cheese Tart Osaka ini dengan aiskrim memang sangat sedap. Yum Yum Nom Nom.
 

Pablo Cheese Tart Sedap Di Dotonbori Osaka  Cheese Tart Sedap Di Dotonbori Osaka  Cheese Tart Sedap Di Dotonbori OsakaPablo Cheese Tart Osaka Pablo Cheese Tart Osaka Pablo Cheese Tart Osaka Pablo Cheese Tart OsakaHarga Pablo Cheese Tart di Osaka

 

Letak sahaja cheese tart ini dalam mulut, terasa keju dan tart yang diadun dengan ‘perfect’. Rasa yang agak lembut, tetapi menyelinap rasa sehingga ia mampu memukau sesiapa sahaja. Kalau macam ni, satu cheese tart memang tak cukup 🙂

Selain dari cheese tart ini, terdapat juga banyak menu minuman yang menjadi signature di Pablo Cafe seperti kopi, latte atau smoothie baru yang dibuat dari buah-buahan. Padankan air ini dengan cheese tart anda, ia akan jadikannya terbaik.

Mungin sebab itu, menu Pablo Cheese Tart Osaka ini menjadi pilihan untuk minuman santai ramai anak muda samada orang Jepun atau kita orang Asia. Bayangkan, bila tiba waktu puncak, ramai yang sanggup beratur lama semata-mata untuk membeli cheese tart Jepun ini.

Khabarnya, Pablo Cheese Tart akan datang ke Malaysia. Oleh itu, jika anda peminat Cheese Tart Jepun ini, boleh tunggu lokasi pembukaan kedai Pablo Cheese Tart Malaysia dalam masa terdekat. Di mana lokasi kedai Pablo Cheese Tart Malaysia? Kita tunggu.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.