Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Package Harga Backyard Glamping Cameron Highlands

Trend bercuti di tempat sejuk dan berkhemah semakin menjadi ikutan ramai kaki travel. Glamping, itulah antara term yang mereka guna bila pergi bercuti dan menginap di dalam khemah, atau resort yang menyerupai khemah. Nak lebih menarik, mereka mencari lokasi puncak bukit atau tanah tinggi untuk dapatkan suasana dingin malam dan awal pagi. Oleh itu, kami nak kongsi, informasi tentang Package Harga Backyard Glamping Cameron Highlands, antara destinasi glamping terkenal di Pahang.

Kelainan yang ditawarkan di pakej glamping ini pasti tidak sama dengan pakej percutian di hotel biasa. Lokasi yang terletak di kawasan tanah tinggi, berkabus, serta bertingkat dengan kedudukan tapak khemah disediakan untuk pengalaman percutian yang lebih menarik. Pakej Harga Glamping ini, antara pakej harga yang mampu bayar jika anda mahukan pengalaman unik ini bersama keluarga atau kawan-kawan.

Baca : Tempat Menarik di Cameron Highlands

Backyard Glamping Cameron Highlands

 


Package Harga Backyard Glamping Cameron Highlands Pahang

the backyard glamping cameron highlands
 

The Backyard Glamping Pahang ini mempunyai 3 pakej penginapan yang asas iaitu Single Tent, Couple Tent dan juga Family Tent. Khemah-khemah ini di dirikan dibeberapa lokasi strategik yang didepannya menghadap beberapa pemandangan yang menarik. Setiap khemah dilengkapi dengan tilam, alas karpet, lampu, kipas, tv dan keperluan asas lain untuk kemudahan tetamu.

Harga untuk pakej Single Tent, bermula pada RM150 pada hari biasa dan RM180 untuk peak hours seperti hari cuti umum. Manakala pakej Couple Tent bermula dari RM210 pada hari isnin hingga jumaat, RM250 pada hari sabtu, ahad dan cuti sekolah, serta RM280 bagi hari cuti umum. Pakej Family Tent, bermula dari RM250 pada hari biasa, RM310 untuk hari sabtu, ahad dan cuti sekolah serta RM350 bagi hari cuti umum.

Kami tidak pasti harga yang ditawarkan itu termasuk dengan pakej breakfast ataupun tidak. Anda boleh menyemak informasi lebih lanjut dengan pemilik The Backyard Glamping Cameron Highlands.
 

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands

Kredit Gambar : Facebook The Backyard Glamping
 

Kami masih belum berkesempatan untuk ke sini, namun dari feedback rakan-rakan lain yang pernah ke sini, ia antara lokasi yang boleh anda cuba, jika anda mencari kelainan ketika melancong. Suasana sekitar resort alam semulajadi ini sangat berbeza dengan penginapan di hotel biasa.
 

the backyard glamping cameron highlands

the backyard glamping cameron highlands
Harga Pakej The Backyard Glamping Cameron Highlands

 

Anda yang berminat untuk ke sini, bolehlah hala perjalanan anda di alamat Jalan Taman sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang. Atau hubungi mereka di talian rasmi 011-2884 1886.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.