Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pagi Hari Raya AidilFitri 1434 Hijrah

AidilFitri 1434 Hijrah sudah meninggalkan kita 7 hari yang lalu. Alhamdulillah, tahun ni tahun beraya di kampung Kelantan. Kesempatan terbaik untuk cuti lama sikit dan menziarahi pusara arwah ayah, Shakri Bin Jusoh. Pagi AidilFitri 1434 hijrah, tahun ini 2013, kami sekeluarga singgah di kubur arwah ayah selepas Solat Sunat AidilFitri. Sudah memasuki tahun ke 3 arwah meninggalkan kami sekeluarga.
Khalish dan Hasya juga nampaknya selesa duduk ssambil masing-masing baca Alfatihah untuk arwah ayah. Tidak ada perasaan takut bila datang ke kubur.
Selepas ziarah kubur arwah ayah, kami sama-sama menjamu selera di perkarangan Kubur, sama-sama berkongsi juadah hari raya Nasi Dagang lauk Ayam dan Ikan Tongkol dan juga Nasi Himpit serta buahan. Alhamdulillah, makanan yang ada cukup untuk kami semua kongsi bersama-sama. Memang meriah bila dapat makan ramai-ramai macam ni.

Harap untuk hari raya tahun depan, kami dapat sama-sama berkongsi juadah raya seperti ini lagi. Seronok sangat-sangat bila dapat ramai-ramai ziarah kubur di pagi raya, berjumpa saudara-mara dan rakan-rakan lama serta sama-sama menikmati juadah hari raya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.