Pakej Beli Satu Percuma Satu My30 Rapid KL Bermula 21 Disember 2020
|Pihak Prasarana, syarikat yang menguruskan rangkaian syarikat RapidKL menawarkan promosi Pakej Beli Satu Percuma Satu My30 Rapid KL Bermula 21 Disember 2020. Tawaran ini adalah bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30 Plus 30 bermula esok sehingga 31 Mac 2021. Ia sebagai salah satu lagi usaha untuk menggalakkan pelancongan domestik di Malaysia.
Untuk mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan awam jaringan Rapid KL, ini peluang terbaik untuk berjimat. Dengan hanya harga RM30 sahaja, boleh guna kemudahan awam ini samada keretapi, lrt, bas dan jaringan Rapid KL tanpa had dalam tempoh sebulan. Ia sangat membantu bukan sahaja untuk penjimatan, tetapu boleh merancakkan lagi perjalanan pelancongan dalam kawasan domestik.
Baca : RapidKL Bas Percuma di Kuala Lumpur
Pautan : MyRapid My30 Unlimited Travel Pass
Pakej Beli Satu Percuma Satu My30 Rapid KL
Kredit Gambar : Rapid KL
Anda yang berminat nak beli Pass Unlimited ini boleh membelinya di rangkaian kaunter khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, monorel dan BRT (bas transit pantas). Ia juga boleh di beli di lapan hab bas terpilih iaitu di Pasar Seni, KLCC, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point dan Puchong Utama
Sumber : Sinar Harian
Tawaran khas ini adalah di antara inisiatif yang telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 November 2020, sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik, diterajui oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Pandangan saya, ini satu tawaran yang sangat berbaloi untuk rakyat Malaysia ambil peluang. Pass Unlimited (Tanpa Had) ini sangat berguna untuk digunakan jika anda nak pusing satu Kuala Lumpur dan Selangor khususnya.
Banyak destinasi menarik ada di Kuala Lumpur dan Selangor. Banyak akses ke lokasi ini boleh pelancong singgah dengan hanya menaiki MRT, LRT, Bas dan juga berjalan kaki dari stesen RapidKL terdekat.
Saya sendiri belum lagi memiliki Pass Unlimited My30 Plus 30 ini. Memandangkan promosi esok, kita memang bercadang nak beli sebab, beli satu RM30, akan dapat satu lagi kad My30 Rapid KL PERCUMA. Bermakna, bayar hanya RM30, tetapi dapat 2 pass tanpa had selama 30 hari. Wowww!!!