Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Sewa Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak

Pernah dengar nama Chalet Terapung di Perak??? Kalau belum, anda boleh cuba Google info tentang Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak. Ia chalet di dalam air dan terletak di muara Sungai. Mesti jarang yang lihat Chalet Terapung di Kuala Sepetang ni kan?

Ini peluang anda untuk travel dalam Malaysia. Rasai sendiri pengalaman mengina di atas laut dengan kemudahan tempat memancing, memasak atau BBQ dengan keluarga atau kawan-kawan. Dengan lokasi yang tidak jauh dari pekan, ia satu destinasi pelancongan yang lain dari tempat menarik lain di Perak.

Baca : Kedai Jual Mee Udang Sedap Di Perak

 



 

Harga Sewa Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak

Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak
Chalet Terapung Kuala Sepetang
Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak
 


Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang 

 

Sekiranya anda antara pelancong yang sukakan aktiviti menginap di atas chalet terapung, ini peluang anda untuk mencuba pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang, Perak. Chalet Terapung ini berada di muka muara Kuala Sepetang dan kedudukannya sangat sesuai untuk aktiviti penginapan di atas laut, memancing dan juga aktiviti BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Untuk pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang ini, MrJocko diberitahu oleh wakil yang terlibat, satu chalet lengkap ini termasuk 4 Chalet lengkap 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai maksima 44 orang, Tandas, Ruang BBQ, Ruang Santai, Pelantar Memancing dan juga set Audio dan Video. Pakej yang ditawarkan ialah cuma RM1,200 sahaja untuk Chalet Terapung ini untuk maksima 44 orang.

 

Tetapi, jika anda berminat dengan pakej penuh iaitu sewa Chalet dan juga aktiviti sampingan, harga yang ditawarkan agak berbeza iaitu :

 

Weekdays: RM200 per head or minimum RM2000

Weekend:  RM220 per head or minimum RM2200

Maximum 44 paxs

Pakej meliputi

Lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang

Lawatan ke Kilang Arang Kayu

Lawatan Perkampungan Nelayan melalui jalan air

Penginapan di Chalet Terapung

4 Set memancing dan umpan

Pengangkutan bot pergi dan balik

4 kali makan: Mee Udang, Makan Malam, Minum Supper dan Sarapan

Kelong Kuala Sepetang

 

Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang 

 
Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak
Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak

Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak 

Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak
Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak
 
 

Chalet Terapung Kuala Sepetang ini memang sesuai jika anda mahukan privasi dan bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di Kuala Sepetang kerana kedudukan chalet terapung yang sangat menarik di samping anda boleh melakukan aktiviti BBQ, santai dan juga memancing bersama keluarga.

 

Jika berminat, anda boleh hubungi pihak Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang atau Pakej Floating Chalet Kuala Sepetang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk trip dan pengalaman baru bercuti di Malaysia, Kuala Sepetang memang memberikan pengalaman baru dan terbaik untuk anda sekeluarga.

 
 

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.