• Tue. Oct 3rd, 2023

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung Perak

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 05 copy

Musim durian sememangnya boleh dikatakan musim pesta makan buah-buahan tempatan bagi orang Malaysia. Sana sini orang akan cari durian terbaik untuk mereka makan, memandangkan ia adalah buah yang dikatakan paling premium di Malaysia. Sebab kami yang juga kaki makan buah durian, decide untuk pergi sendiri ke kebun durian. Ini adalah cerita kami, join kawan-kawan ke Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung Perak.

Memang di Kuala Lumpur ada durian Batu Kurau. Tetapi, untuk rasa pengalaman asli dan lebih menarik, kami sendiri sama-sama rancang untuk buat Day Trip ke Pekan Batu Kurau untuk melihat sendiri kemeriahan pesta durian di sana. Perjalanan dari KL ke Batu Kurau memakan masa sekitar 3 jam dan ia satu pengalaman baru.

Baca : Rekaan Rumah Banglo Yang Cantik Pelan 1 Tingkat dan 2 Tingkat

 



 

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung Perak

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 05 copy

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 01
 

Kami bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 5.00 pagi. Singgah sebentar untuk Solat Subuh di RNR Rawang dan sarapan pagi di Mee Kari Ramli Bidor, bersebelahan dengan Tol Bidor. Seterusnya meneruskan perjalanan sehingga ke Pekan Batu Kurau.

Sekitar jam 11.00 pagi, kami selamat sampai di Pekau Batu Kurau dan ke destinasi, Sungai Ara untuk ke Kebun Durian.

Trip kali ini, kami mandi manda di Sungai Kayu Ara dengan menikmati pelbagai jenis durian kampung terkenal di Batu Kurau. Menu tambahan sedikit kuih muih dan juga Pulut dan Santan untuk di makan dengan Durian.

 



 

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 03

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 04

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 05

Durian Kampung Popular Batu Kurau Perak
Durian Kampung Popular Batu Kurau Perak

 

Hari itu, kami dihidangkan dengan 45kg buah durian kampung terkenal di kebun asal Batu Kurau. Sangat puas hati kerana buah segar baru luruh dari pokok dan buah buah yang premium. Durian Kampung Batu Kurau ialah buah durian kampung terbaik di Malaysia.

5 jam kami di sini dengan mandi manda sambil menikmati air sungai yang jernih dan udara segar. Kiri kanan dengan buah durian yang sedap dengan tambahan Pulut Santan. Sangat memuaskan. Trip terbaik untuk Geng Bujang tahun ini. InsyaAllah tahun depan boleh repat lagi ke Batu Kurau, Perak.

 
Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 06

Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung 07
 

Bagi yang bertanya tentang Harga Pakej Makan Durian Batu Kurau, kalau dari Kuala Lumpur murah jer. Memandangkan kami satu van seramai 15 orang, maka satu kepala dikenakan bayaran RM50 sahaja untuk perjalanan pergi balik dari KL ke Batu Kurau dan kembali ke KL. Harga berbaloi untuk pengalaman makan durian di Sungai dan di Kebun.

Untuk pengalaman menarik di Perak, banyak lagi destinasi lain di Perak menjadi tumpuan ramai. Layari laman Facebook Tourism Perak untuk maklumat lanjut.

Jom support destinasi pelancongan dalam Malaysia, kerana ia boleh membantu menjana ekonomi setempat.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Pakej Day Trip KL Batu Kurau Makan Durian Kampung Perak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.