Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melancong Ke Guilin Pakej Halal Muslim Fubo Scenic Area Guilin

Apa yang menarik di Guilin? Mungkin tak ramai yang pernah ke Guilin dan betul-betul hayati destinasi ‘rare’ negara China ini. Ia mungkin tidak sepopular Beijing, Guangzhou atau Hong Kong, tetapi ia ada keunikkan tersendiri. Kali ini, MrJocko nak kongsi pengalaman Melancong Ke Guilin Pakej Halal Muslim Fubo Scenic Area Guilin, di bawah kendalian syarikat Travel Agency KSB Travel & Tours Sdn Bhd.

Fubo Scenic Area, antara destinasi tarikan pelancong yang semakin popular di Guilin terletak hanya beberapa minit perjalanan dari pusat bandar Guilin. Ia telah dijadikan satu kawasan tarikan pelancong untuk semua pelancong dalam dan luar negara.

Pakej Halal Muslim Fubo Scenic Area Guilin

Fubo Scenic Area Guilin

 

Fubo Scenic Area di Guilin terdiri dari beberapa bahagian. Yang paling popular ialah Fubo Hill, satu bukit yang mempunyai lubang Gua dan batu tergantung di dalamnya. Fubo Hill ini menjadi popular kerana beberapa keunikkannya.

 

Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin

Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin

 

Info Ringkas Tentang Fubo Hill (Bukit Fubo)

Fubo Hill terletak di sebelah barat Sungai Li (Li River Guilin). Kedudukkannya berdiri separuh di darat dan separuh lagi di dalam air. Di kaki bukit Fubo Hill, pelawat boleh melawat satu kuil yang diberi nama Kuil Xinxi Marquis yang dibina semasa zaman Dinasti Tang. Untuk info, dandang besi (periuk besi) yang berusia 300 tahun yang beratnya lebih dari 1000 kilogram serta loceng besar yang beratnya 2700 kilogram ada di sini. Ia adalah warisan legasi sejarah lama China yang telah dibina di zaman Dinasti Qing. Dikatakan bahawa Periuk ini boleh menyediakan makanan yang cukup untuk seribu orang.

Di bahagian satu lagi ada terletaknya batu tergantung yang dikenali sebagai “Sword the Sword”. Mengikut kisah lama, dikatakan bahawa Ketua Fubo pada ketika itu, telah menguji ketajaman pedangnya dengan memotong tiang batu tersebut. Hasilnya, ia telah memotong batu tersebut dan membuatkan bahagian atasnya tergantung sejak dari hari itu. 

 

Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin

 

Bayaran masuk ke Fubo Scenic Area cuma CNY30 (MYR18) sahaja. Waktu ia dibuka bermula seawal jam 7.10am hingga 6.00pm pada bulan April hingga November dan dari jam 6.00am hingga 6.30pm pada bulan December hingga March.

Berbaloi juga untuk masuk ke sini sebab ia ada keunikkan dan nilai sejarah tersendiri. Lagipun, suasana di sini memang lain dengan keadaan gua yang agak dingin dan angin yang kuat meniup ruang udara dan juga sekitar Li River Guilin.

 

Fubo Scenic Area Guilin Fubo Scenic Area Guilin

 

Kalau nak baca lagi infor menarik tentang Fubo Scenic Area, boleh la baca di laman web ini https://www.travelchinaguide.com/attraction/guangxi/guilin/wave_subduing.htm. Kalau nak baca cerita MrJocko travel ke Guilin dengan pakej Halal Muslim dari KSB Travel and Tours, boleh layari www.mrjocko.com/tag/guilin

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.