Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik

Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik antara aktiviti yang MrJocko dan wife sertai ketika menginap di Belum Rainforest Resorts di Gerik beberapa minggu lalu. Ini adalah salah satu aktiviti yang mesti anda cuba jika anda menginap di sini memandangkan kawasan Royal Belum dan Temenggor adalah antara hutan yang tertua di dunia dan punyai banyak tarikan unik tersendiri.

Pakej ini anda boleh dapati di Lobby Belum Rainforest Resorts. Ada beberapa pakej yang boleh anda pilih, tetapi pakej ini, ialah pakej trekking di Bukit Mata Kail, Tasik Banding serta lawatan ke Kampung Orang Asli.

Baca : Pakej Berbaloi Menginap Di Royal Belum Resorts Perak

 


Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik

Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik

 

Mungkin bagi yang tidak pernah ke Tasik banding, anda tidak akan dapat merasai apa yang MrJocko rasa. Suasana hutan di tengah tasik yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini memang terasa sesuatu yang lain. Dari dulu, ia menjadi kawasan hitam, tempat persembunyian ramai komunis dan pengganas, kini ia menjadi antara tempat menarik di Perak. Pakej percutian di Belum Rainforest Resorts juga adalah antara pakej percutian mewah yang boleh anda cuba.

Bukan hanya flora dan fauna, keindahan Tasik Banding di sini juga memang memukau. Tasik Banding antara tasik yang terbaik di Malaysia, malah antara lokasi tumpuan pelancong asing.

 

Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik

pakej-discover-belum-rainforest-09 Pakej Meneroka Tasik Banding Dan Temenggor Di Gerik

 

Pendakian selama 3o minit untuk ke puncak menara tinjau buatan di Pulau Mata Kail membuatkan kami terpegun melihat keindahan alam semulajadi. Dari menara tinjau di Tasik Banding ini, kami melihat tasik yang terbentang luas. Cantik, Subhanallah!!!

Tidak tergambar dengan kata-kata. Hanya boleh MrJocko katakan, Tasik Banding memang cantik. Ia lokasi mesti lawat kalau ke Perak.

Penat lelah naik bot, mendaki bukit dan masuk redah hutan hilang dan diganti dengan keindahan dan keunikkan Tasik Banding yang tiada tandingan.

Maklumat lanjut tentang pakej percutian dan aktiviti menarik di Task Banding, anda boleh layari http://www.belumrainforestresort.com

http://www.mrjocko.com/2016/09/hotel-review-belum-rainforest-resort-di-royal-belum.html

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.