Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Murah Hotel Lexis PD Dan Grand Lexis PD MATTA FAIR 2015

Sempena dengan promosi pelancongan di MATTA FAIR 2015 selama 3 hari, bermula 13 Mac – 15 Mac 2015, antara yang menarik perhatian MrJocko adalah Pakej Murah Hotel Lexis PD Dan Grand Lexis PD MATTA FAIR 2015. Tawaran penginapa pakej murah hotel Lexis PD dan Grand Lexis PD Matta Fair 2015 ini bermula dari harga RM280 sehingga RM690 bagi setiap pakej pilihan bilik. Wow!!!

Semua orang tahu, hotel bertaraf 5 bintang ini antara hotel terbaik di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dan untuk pengetahuan anda, pakej biasa di Lexis PD dan Grand Lexis PD biasanya bermula dari harga RM812 bagi pilihan bilik Premium Tower Sea View dan sehingga RM3,248 bagi pilihan pakej Grand Pool Villa.

Baca : Promosi Grang Lexis PD Yang Murah Matta Fair 2016

 



 

Pakej Murah Hotel Lexis PD Dan Grand Lexis PD MATTA FAIR 2015

pakej_murah_lexis_pd_promo

 

Pakej Murah Lexis PD Dan Grand Lexis PD : MATTA FAIR 2015

 

Pakej Murah Lexis PD Dan Grand Lexis PD : MATTA FAIR 2015

 

pakej_murah_lexis_pd_promo

 

Pakej Murah Lexis PD Dan Grand Lexis PD : MATTA FAIR 2015

MrJocko sendiri belum pernah menginap di resort Lexis PD dan Grand Lexis PD ini tetapi selalu mendengar feedback yang menarik dan berbaloi dari rakan-rakan yang pernah menginap di sini samada untuk aktiviti bercuti bersama keluarga atau menyertai teambuailding syarikat mereka. Sebab itu, memang teringin untuk mencuba pakej murah di Lexis PD dan Grand Lexis PD ini sementara masih ada peluang.

 

Antara yang menjadi keunikkan di resort Lexis PD dan Grand Lexis PD adalah dekorasi biliknya yang berada di atas air laut dan rekaan dalamannya yang menarik. Di tambah pula dengan keadaan lokasi yang menarik, agak mewah tetapi mengekalkan beberapa ciri semula jadi di kawasan resort Lexis PD dan Grand Lexis PD ini.

 

Tidak hanya mempunyai kolam mandi, pantai dan laut, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti outdoor lain seperti Air Hockey, berbasikal, Segway Ride, memanah, memancing, bolasepak pantai, playground untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

 

Jadi kalau nak dapatkan pakej murah Lexis PD atau Grand Lexis PD, jangan lupa sentiasa dapatkan maklumat terkini tentang promosi dan tawaran pakej murah di sini dengan melawat laman Web Rasmi Lexis PD atau Fanpage Facebook Lexis PD.

 

Selamat melancong ke Lexis PD dan Grand Lexis PD.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.