Tips Pakej Murah Mekong Delta Private Day Tour Ho Chi Minh
|Travel ke Vietnam sebenarnya murah. Sebab itu kalau nak melancong ke sana, buat la sedikit plan atau research tentang tempat yang nak dituju supaya korang boleh jimat dan dapat pakej murah. MrJocko nak kongsi beberapa Tips Pakej Murah Mekong Delta Private Day Tour Ho Chi Minh yang mungkin boleh korang follow.
Secara asas, Mekong Delta Private Day Tour ni tidak la hebat mana, tetapi memandangkan kita dah sampai di Ho Chi Minh, Vietnam, kalau ada peluang singgah la untuk lihat salah satu sumber yang menjadi kebanggaan rakyat Vietnam waktu dahulu.
Baca : Tempat Menarik di Vietnam
Pakej Murah Mekong Delta Private Day Tour
Apa yang MrJocko faham, sejak zaman dahulu, lembah ini menjadi penempatan utama masyarakat Vietnam kerana ia dekat dengan laut dan sumber air. Di Samping itu, keadaan tanah yang subur sangat sesuai dengan aktiviti tradisional seperti pertanian dan juga nelayan.
Rakyat Vietnam memang lebih kurang sama sahaja dengan orang Melayu dahulu kala, hidup dengan bergantung dengan aktiviti pertanian, tanaman, hidupan laut dan cara kampung.
Kalau tak silap, zaman Kerajaan Khmer pun ia terkenal dan juga zaman Perang Dunia Kedua dulu, kawasan ini juga menjadi antara lokasi perang yang utama.
Kini, ia diusahakan kembali untuk menghidupkan lokasi Mekong Delta sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular di Vietnam.
Tips Pakej Murah Mekong Delta Day Tour
1. Dari bandar Ho Chi Minh, ada banyak Travel Agent di sana menyediakan pakej Day Tour ke Mekong Delta. Sebaiknya kalau nak ke sana, tak payah nak booking awal atau beli dari Malaysia. Beli di bandar Ho Chi Minh, ia lebih murah dan murah. Kebiasaannya pakej bermula sekitar USD10 (RM45) untuk per pax. Ia termasuk Bas, Boat ke Perkampungan dan Group Tour. Ia tidak termasuk makan dan minum.
2. Bayaran USD10 (RM45) untuk naik Sampai di Mekong Delta. Biasanya satu sampan boleh memuatkan 3 Dewasa. Naik sampan di Mekong Delta juga adalah Optional.
3. Makan dan minum di sekitar perkampungan ini biasanya dalam sekitar USD5 per pax. Klau nak makan seafood atau yang mahal sudah pasti kena bayar lebih. Itu semua optional sebab korang boleh bawa makanan dari Ho Chi Minh.
Jadi secara mudah, pakej dari Ho Chi Minh ke Mekong Delta ini sebenarnya boleh dapat lebih murah atau sekitar harga USD30 (RM135). Ramai yang hanya ambik bas dan boat untuk ke perkampungan My Tho – Ben Tre. Selepas itu mereka jalan kaki dan lihat apa yang ada diperkampungan tersebut termasuk jualan barangan cenderahati, produk kampung serta pengalaman menaiki Sampan Tradisi Vietnam di Mekong Delta.
Pendapat MrJocko, jika tak perlu, ambil sahaja pakej bas pergi dan balik dari Ho Chi Minh ke My Tho – Ben Tre sahaja. Tapi kalau ada duit lebih, ambil je pakej Mekong Delta Day Tour yang disediakan bermula dari harga USD20++
Kalau nak baca lagi review dan info tentang Mekong Delta Day Tour ini boleh baca di laman web ini. Ada info yang banyak boleh bantu korang. https://www.viator.com/tours/Ho-Chi-Minh-City/Upper-Mekong-River-Day-Trip-from-Ho-Chi-Minh-City/d352-7329P10
Kawasan Mekong Delta ni tak banyak restoran Halal. Ada, tetapi tak ramai yang tahu nak cari kat mana. Jadi untuk rakan Muslim, sebaiknya bawa makanan dari awal. Roti ke, Nasi Kepal ke tak kisah la janji boleh buat alas perut. Kalau tidak nanti takut ramai yang susah nak cari makanan.
Kalau nak mudah makan di sini, makan buahan yang dijual. Selalunya murah-murah juga bergantung kepada musim.
Antara Travel Agent yang popular dan dipercayai di bandar Ho Chi Minh ialah Sinh Tourist http://www.mrjocko.com/2012/02/sinh-cafe-atau-sinh-touris.html