Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Singgah Di Taman Simalem Resort

Ada rakan bertanya, kalau nak melancong sekejap ke Medan, Indonesia dan hanya nak ke Danau Toba sahaja boleh tak? Boleh. Ini dia cadangan Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Singgah Di Taman Simalem Resort. Harga pakej ini boleh korang dapat dengan banyak ‘Tour Agency’ di Malaysia dan Medan.

Paling murah harga pakej travel ke Danau Toba Medan setakat ini ialah IDR700,000 seorang termasuk transport dari Kualanamu Airport, Makan dan Minum sepanjang program dan penginapan. Walau bagaimanapun ia untuk minima 10 orang dalam satu kumpulan.

Baca : Tempat Menarik di Medan Indonesia

 


Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam

pakej murah trip medan 2 hari 1 malam

Pakej seperti 2 hari 1 malam ke Medan biasanya akan termasuk makan Lunch dan Dinner untuk hari pertama dan Breakfast dan Lunch untuk hari kedua. Pakej ini merupakan salah satu pakej travel ke Medan untuk masa yang singkat bagi satu kumpulan yang hanya nak singgah di Lake Toba, Pulau Samosir, Berastagi, Bukit Simarjarunjung, Sipiso-piso dan juga Taman Simalem Resort. 

Pun begitu, oleh kerana waktu yang singkat, pelancong sebaiknya diminta untuk memilih destinasi sampingan yang ingin dilawati kerana untuk semua destinasi yang disebutkan mungkin tidak cukup masa untuk dilawati.

Sebab itu la, kalau sebaiknya kalau ke Medan, paling cepat untuk ‘libur’ di sini pun mesti ambik pakej 3 hari 2 malam.

Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam

Kalau nak tahu antara tempat menarik di Medan baca sini http://www.mrjocko.com/2015/09/8-tempat-menarik-di-medan-indonesia.html

Mengikut yang MrJocko faham antara itinerary program bagi Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam termasuk susunan jadual seperti di bawah :

Hari Pertama Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam : Kualanamu Airport – Siantar – Parapat – Pulau Samosir (L/D)

Tetamu dinasihatkan untuk ambil penerbangan seawal pagi dan sampai di Kualanamu sekitar jam 8.00 pagi. Dari airport, akan terus berangkat menuju Objek Wisata Danau Toba melalui Pematang Siantar.  Perjalanan ini biasanya akan memakan masa selama 4 – 5 jam perjalanan melintasi hutan dan kebun kelapa sawit.

Singgah sekejap di Kota Siantar untuk lihat apa yang menarik di kedai “Toko Paten”. Apa yang menarik di sini, selalunya pelancong akan membeli produk keluaran tempatan seperti tengteng, tingting, pangpang, pengpeng, pingping dan pelbagai lagi.

Kumpulan akan singgah untuk makan tengahari di restoran tempatan yang menyediakan menu Halal. Kemudian akan terus menuju ke Parapat, lokasi pekan terkenal di sekitar Danau Toba untuk ke Jeti dan ke Pulau Samosir.

Dari jeti ke Pulau Samosir memakan masa selama 1 jam perjalanan. Nikmati keindahan Tasik Toba (Lake Toba atau Danau Toba) dengan keindahan pemandangan alam semulajadi yang terkenal di dunia.

Sampai di Pulau Samosir, terus singgah untuk melihat sendiri sejarah Makam Raja Sidabutar dan juga Lagenda Putri Anting Melala di Pulau Samosir. Untuk info, Pulau Samosir dihuni oleh Suku Kaum Batak Toba.

Jika anda bernasib baik dan punyai masa, boleh duduk sebentar untuk melihat tarian tradisional Suku Kaum Batak Toba yang dikenali sebagai nama tarian Sigale-gale. Sigale-gale adalah sebuah patung berbentuk manusia yang dapat menari dengan iringan musik tradisonal batak.

Dalam perjalanan pulang ke bot, pelancong boleh singgah membeli baranga cenderahari di sepanjang kaki lima untuk ke Jeti Pulau Samosir.

Dijangka tiba di Parapat sekitar jam 6.30 malam dan terus Check-in. Makan malam biasanya akan dihidangkan sekitar jam 7.00 malam dan selepas itu boleh berehat di dalam bilik masing-masing atau aktiviti bebas untu keluar untuk melihat apa yang menarik di sekitar hotel. 

Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam

Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam
Makam Raja Sidabutar Pulau Samosir

Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam

Hari Kedua Pakej Murah Trip Ke Medan 2 hari 1 Malam : Simarjarunjung – Taman Simalem Resort – Berastagi Tour – Kualanamu Airport (B/L)

Sarapan pagi di restoran hotel sekitar jam 7.00 pagi dan terus berangkat untuk ke Simarjarunjung dan Taman Simalem Resort.  Taman Simalem Resort antara resort yang punyai pemandangan yang cantik menghadap Danau Toba. Kemudian akan singgah di Air Terjun Sipiso-piso yang diterkenal sebagai salah satu air terjun tertinggi dan terindah di Indonesia.

Makan tengahari di restoran tempatan disekitar Taman Simalem Resort, dan kemudian akan terus ke Berastagi. Perjalanan menuju ke Berastagi akan menempuh masa selama satu jam melalui pekan Merek, Kabupaten Karo. Kalau bernasib baik, anda akan berpeluang melihat dua Gunung Berapi yang masih aktif di sini iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung dan Gunung Sibanyak.

Ada masa, boleh singgah sebentar di Pasar Buah Berastagi untuk membeli buah-buahan tempatan di sini dengan harga yang murah dan berbaloi. 

Selesai semuanya, baru bertolak kembali ke pekan Medan atau ke Airport Kualanamu. Bagi yang masih ingin menginap di kota Medan, boleh ambil hotel mengikut kesesuaian. Bagi yang ingin terus kembali ke Malaysia, boleh ambil penerbangan ebelah malam, jam 10.00 malam ke atas mungkin pilihan terbaik untuk masa penerbangan anda.

Serba sedikit info tentang Danau Toba boleh baca di sini https://id.wikipedia.org/wiki/Danau_Toba

Untuk info tambahan, pakej yang disebut seperti diatas, IDR700,000 per pax untuk minima 10 orang dan ia termasuk : 

– Hotel Twin atau Triple Sharing

– Makan dan Minum (Halal Food)

– Pengangkutan

– Pemandu merangkap Guide

– Boat Transfer

– Tiket Masuk ke Wisata

– Parking

– Air Mineral

Harga pakej ini tidak termasuk :

– Tiket Penerbangan

– Airport Tax

– Optional Tours

– Kos membeli belah

– Tipping Pemandu atau Guide

Perlu juga diingat, harga pakej murah ke Medan ini adalah harga yang ditawarkan untuk tempoh lawatan di musim biasa. Ia adalah harga untuk ‘low season’ sahaja. Untuk ‘peak season’ seperti Cuti Sekolah, Cuti Umum, Hari Raya, Krismas, Tahun Baru dan cuti umum lain, akan ada charge tambahan.

Makam Raja Sidabutar Pulau Samosir Makam Raja Sidabutar Pulau Samosir

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.