Pakej Penginapan AirBNB Malaysia dan Aktiviti Pilihan Terbaik Musim Raya
|Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan keagamaan terbesar di Malaysia yang diraikan oleh penganut agama Islam. Sambutan ini selalunya dikait rapat dengan istilah ‘balik kampung’, di mana kebanyakkan keluarga akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi merayakan permulaan bulan Syawal dengan insan yang tersayang. Berikutan itu, ada beberapa Pakej Penginapan AirBNB Malaysia dan Aktiviti Pilihan Terbaik Musim Raya untuk anda cuba.
Walaupun ada sesetengah masyarakat menganggap Lembah Klang sebagai kampung halaman mereka, tetapi ada juga yang memilih untuk tinggal di bandar sewaktu musim perayaan ini. Buat julung kalinya, Pengalaman Airbnb menawarkan peluang kepada komuniti ini untuk menyelami pengalaman kampung yang unik di Lembah Klang. Sebab itu ini antara Pakej Penginapan AirBNB Malaysia yang mesti anda cuba.
Pakej Penginapan AirBNB Malaysia dan Aktiviti Pilihan Terbaik Musim Raya
*nbsp;
Dilancarkan di Kuala Lumpur, Pengalaman Airbnb merupakan aktiviti yang direka khas dan diterajui oleh penduduk tempatan bagi melengkapi suatu pengembaraan ajaib. Pengalaman ini popular dalam kalangan orang ramai yang minat meneroka melangkaui lawatan atau kelas konvensional dengan mengetengahkan pelbagai hos tempatan Airbnb yang mempunyai hobi dan kepakaran unik mereka tersendiri.
Hari Raya ini, keluarga-keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang diketuai oleh hos tempatan yang berpengalaman dalam kumpulan yang selesa. Beberapa contoh termasuklah jelajah makanan tempatan atau aktiviti seni seperti lukisan batik. Dari lawatan budaya sehinggalah ke kembara ke air terjun, rata-rata keluarga boleh juga kekal aktif sambil meneroka Lembah Klang.
Jika anda tercari-cari pengalaman Airbnb bersama insan tersayang anda sempena musim perayaan ini, Airbnb telah menyenaraikan pilihan aktiviti tempatan yang mengujakan di Malaysia.
Baca : MrJocko dan MalaysiaKu
Pengalaman Aktiviti Luar dan Alam Sekitar
Menoreh Getah dan Makan Tengah Hari dalam Mangkuk Tingkat Di Sepang
Nikmati pengalaman sebenar menoreh pokok getah bersama Encik Khairul dan alami kelazatan sayur-sayuran organik yang dihidangkan bersama juadah tempatan lain di dalam mangkuk tingkat daripada restoran tempatan di kawasan ini.
Lawatan Sehari Menjelajah Air Terjun Bukit Bintang
Terokai denai yang terpelihara bersama Thomas sambil menjelajahi kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke puncak, dan bermandi-manda di tiga air tejun yang indah. Sarapan dan makan tengah hari tempatan daripada restoran yang dipilih dengan teliti akan disediakan semasa Pengalaman ini.
Kunjungi pulau nelayan tersembunyi di Sungai Lima!
Jelajahi pulau nelayan tersembunyi bersama Chun Ynh yang akan memandu anda ke sekitar pulau kecil ini dan membawa anda melihat warga tempatan mencari rezeki. Sertai aktiviti menangkap ketam, kunjungi kedai makanan laut tempatan, kemudian nikmati makan tengah hari dengan sajian makanan laut yang segar untuk mengakhiri petang anda.
Berbasikal dan Menjamu Selera Di Chinatown
Elena merupakan penggemar aktiviti kembara berjalan kaki dan berbasikal tegar, yang akan membawa anda menjelajahi lorong-lorong tersembunyi di Kuala Lumpur. Selami pemandangan dan bunyi-bunyian di jalan-jalan ini, yang menghubungkan bahagian bandar yang lama dan yang baru.
Kebudayaan
Sehari dalam kehidupan seorang pelukis Batik tempatan di Imbi
Colin, yang mempunyai pengalaman pembuatan batik selama 15 tahun, bersama pasukannya akan memperkenalkan anda kepada sejarah batik dan cara pembuatannya. Kemudian anda boleh mencungkil bakat anda dan mencipta karya batik anda sendiri.
Kampung Baru yang Memukau
Perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur boleh ditemui di Kampung Baru. Fuad akan membawa anda menjelajahi budaya, makanan, dan seni bina tempatan, dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar.
Untuk tempahan bilik penginapan sempena dengan Pakej Penginapan AirBNB Malaysia dan Aktiviti Pilihan Terbaik Musim Raya, boleh layari laman web AirBNB