Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Perahu Layar Parahu Larai Labuan Cuma RM15 Per Pax

Labuan terkenal dengan laut. Jadi ada banyak pakej aktiviti laut untuk anda rasai sendiri pengalaman menaiki bot, sampan dan juga beberapa lagi jenis pengangkutan air. Namun, pakej untuk Perahu Layar, setakat ini di sini antara yang paling murah di Malaysia. Memperkenalkan Pakej Perahu Layar Parahu Larai Labuan Cuma RM15 Per Pax.

Sebelum ini, ramai yang berpendapat untuk merasai pengalaman menaiki Perahu Layar, perlukan kos yang mahal dan ia aktiviti mewah bagi sesetengah golongan sahaja. Itu salah, sebab, di Labuan, dengan hanya RM15 per pax, anda mampu untuk belayar selama 30 minit dengan Parahu Larai (nama tradisi) di persisir pantai Labuan ini.

Baca : Terbang ke Labuan dengan Pesawat Malaysia Airlines

 


Pakej Perahu Layar Parahu Larai Labuan Cuma RM15 Per Pax

Pakej-Perahu-Layar-Parahu-Larai-Labuan-05 copy
 

Untuk rasa sendiri pengalaman menaiki Perahu Layar, boleh datang ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa. Ia antara pusat sukan air bertaraf dunia terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun, Labuan.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini mempunyai keluasan 5.91 ekar dan mula dibuka kepada umum pada Jun 2001. Ia memiliki 3 tarikan utama iaitu Pusat Sukan Air, Muzium Biologi Marina dan Plaza Utama.

Di sini anda boleh menempah Pakej Perahu Layar yang lebih popular dikenali dengan nama Parahu Larai, salah satu aktiviti air yang berbaloi untuk anda cuba. Saya jamin, pengalaman menaiki Parahu Larai Labuan ini jauh berbeza dari pengalaman menaiki bot atau sampan yang biasa anda lakukan sebelum ini.

Nota Kaki : Pastikan buat tempahan sehari lebih awal untuk Parahu Larai.

Baca : MrJocko dan Pengalaman di Pulau Rusukan Besar Labuan

Pakej-Perahu-Layar-Parahu-Larai-Labuan-02
 

Biasanya, masa yang sesuai untuk menaiki Parahu Larai Labuan ini ialah di sebelah pagi, sebelum jam 10.00am atau selepas jam 4.00pm untuk mengelakkan dari cuaca panas. Maklum lah, kalau berada di kawasan pantai, panas terik matahari dengan angin yang panas boleh membuatkan anda boleh ‘terbakar’.

Pengalaman naik perahu layar Labuan ni syok, hampir sama dengan pengalaman menaiki Kia Ora Catamaran di Koh Samui, Thailand.

Layari Yayasan Pembangunan Labuan Facebook untuk maklumat lanjut

Info Tentang Parahu Larai

Perahu Layar atau Parahu Larai adalah dari Bahasa Brunei bagi layar. Pada zaman dahulu belayar atau belarai memang alat hubungan dan pengangkutan laut. Disamping itu jadi mata pencarian bagi keluarga.

Nelayan menangkap ikan atau “Bakarang”. Bayangkan lah sebelum ada kain apa kah jenis larai digunakan? Sebelum ini, mungkin ada tali digunakan ialah menggunakan kulit timbaran dan sabut kelapa dibuatkan tali dinamakan “Kalat”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.