Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Percutian Ke Hawaii Honolulu Amerika Syarikat

Hawaii adalah antara destinasi impian ramai pengembara. Tak kira samada korang dari European, Afrika, Asia atau ceruk mana sekali pun mesti teringin untuk melancong ke Hawaii. Kalau kita di Malaysia, mungkin tak ramai yang cari Pakej Percutian Ke Hawaii Honolulu Amerika Syarikat.

Antara sebab utama ialah sebelum ini, kalau nak ke Hawaii, harga tiket penerbangan pun dah mencecah ribuan ringgit, belum termasuk pakej harga hotel dan juga makan minum sementara di Hawaii.

Baca : Laluan AirAsiaX Kuala Lumpur Ke Hawaii, USA

 



 

Pakej Percutian Ke Hawaii Honolulu

Pakej Percutian Ke Hawaii Honolulu Amerika Syarikat

 

Kini, setelah ada jaringan penerbangan AirAsiaX www.airasia.com dari KLIA2 ke Honolulu di Hawaii dengan transit di Osaka Jepun, ramai yang dah mula merancang untuk bercuti ke Hawaii.

Sebelum ini, AirAsiaX pernah buat tawaran harga serendah RM499 sahaja untuk satu hala dari KLIA2 ke Honolulu melalui transit Osaka. Kalau pergi balik, harga baru RM1000 kan??? Murah sangat-sangat…

 

Pakej Percutian Ke Hawaii Honolulu Amerika Syarikat

 

Nak tahu tentang Hawaii, baca info Wikipedia ini :

The Hawaiian Islands (Hawaiian: Mokupuni o Hawai‘i) are an archipelago of eight major islands, several atolls, numerous smaller islets, and seamounts in the North Pacific Ocean, extending some 1,500 miles (2,400 kilometers) from the island of Hawaiʻi in the south to northernmost Kure Atoll. Formerly the group was known to Europeans and Americans as the “Sandwich Islands”, a name chosen by James Cook in honor of the then First Lord of the Admiralty John Montagu, 4th Earl of Sandwich. The contemporary name is derived from the name of the largest island, Hawaii Island.

 

Pakej Travel Ke Hawaii

 

Kepulauan Hawaii kalau mengikut peta dunia berada di tengah-tengah Laut Pasifik Utara (North Pacific Ocean). Terdiri dari kepulauan lapan pulau utama, beberapa kepulauan, banyak pulau-pulau kecil yang lebih kecil dan seamounts. Katanya ia seluas 1,500 batu (2,400 kilometer) dari Pulau Hawai’i dalam selatan ke utara Kure Atoll.

Dahulunya ia diketahui oleh orang Eropah dan Amerika sebagai “Kepulauan Sandwich”, nama yang dipilih oleh James Cook sebagai penghormatan kepada kemudian First Lord of the Admiralty John Montagu, 4 Earl of Sandwich. Nama kontemporari berasal dari nama pulau terbesar, Pulau Hawaii.

 

Pakej Travel Ke Hawaii Pakej Travel Ke Hawaii

 

MrJocko berpeluang untuk menghadiri satu majlis ringkas tentang promosi Kepulauan Hawaii pada minggu lepas di Ritz Carlton Kuala Lumpur. Kami pihak media diberikan perkongsian tentang beberapa info tentang tempat menarik di Hawaii termasuk juga dengan budaya dan masyarakat Aboriginal di Hawaii.

Sebenarnya, Hawaii bukan sahaja terkenal dengan pantai dan laut yang cantik. Tetapi ia juga terkenal dengan tarikan membeli belah, makanan, tempat menarik, sejarah, hiburan dan semestinya pemandangan yang cantik kepulauan Hawaii.

InsyaAllah, kalau ada rezeki memang teringin nak ke Hawaii untuk teroka destinasi baru bagi rakyat Malaysia ini. Doa-doakan supaya MrJocko ada rezeki dan sampai di Hawaii Amerika Syarikat 🙂

Kalau nak beli tiket murah AirAsia ke Hawaii mungkin korang boleh cuba tips ini http://www.mrjocko.com/2011/05/tips-tiket-murah-airasia-part1.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.