Pakej Trip Murah Ke Tokyo Cuma RM2,950/pax
|Mungkin ramai yang bercadang untuk melancong ke Jepun, terutamanya ke Tokyo, namun berfikir banyak kali kerana kos travel ke Tokyo agak mahal jika menggunakan pakej travel yang ditawarkan oleh Travel Agent. Kini, pihak Blooggers Media dengan kerjasama wakil di Tokyo akan merealisasikan impian anda untuk melancong ke Jepun dengan hanya melibatkan kos travel yang minima dan murah berbanding biasa.
Untuk pakej travel murah ke Tokyo ini, antara lokasi yang akan dikunjungi semasa di Tokyo ialah Ueno Street, Odaiba, Harajuku, Shibuya, Shinjuku, Akihabara, Roppongi, Nippori dan beberapa lokasi lain berdekatan. Pakej ini memang bersesuaian bagi anda yang berminat untuk meneroka bandaraya Tokyo dengan kos yang murah dan tempah trip 5 hari 4 malam dengan fleksibel.
Kami kongsi pakej murah untuk anda ke Tokyo, Jepun – Blooggers Media
Pakej melancong je Jepun serendah RM2,950 setiap seorang, 5 hari 4 malam
Sepanjang trip Travel Bajet Ke Tokyo ini, anda akan berpeluang untuk meneroka gerai jualan yang menarik di Ueno Street, menyusur kota mainan di Odaiba sambil melihat Gundam Square yang mana terletaknya Robot Gundam terbesar di Jepun. Di samping itu, pengalaman melihat dan melintas sendiri di Shibuya Crossing, lintasan zebra crossing yang paling sibuk di dunia serta berjalan-jalan di Harajuku.
Tidak lupa masa untuk melihat gajet dan alatan elektrik yang terkini dan paling terkini di Akihabara serta melihat kehidupan malam di Shinjuku. Anda yang berminat dengan koleksi Hard Rock Cafe, kita akan singgah di dua (2) Hard Rock Cafe di Tokyo untuk membeli cenderahati. Bagi yang berminat dengan fesyen, kita akan bawakan anda ke Ginza Street, lokasi outlet premium paling eksklusif dan mahal di Jepun serta membeli-belah kain cotton Jepun murah di Nippori Textile Town. Tidak lupa, kita akan singgah di Tokyo Skytree untuk melihat bangunan yang tertinggi di Jepun ini.
Jom terokai Ueno, Odaiba, Shibuya, Shinjuku, Akihabara, Ginza, Nippori
Siapa kata melancong ke Jepun perlu guna duit yang banyak?
Semua ini anda akan dapat rasai dengan hanya pakej serendah RM2,950 bagi setiap orang dengan minima 5 orang untuk satu tarikh perjalanan. Pakej travel murah ke Tokyo Jepun ini termasuk dengan Tiket Penerbangan Pergi Balik KL – Haneda, Penginapan 5 Hari 4 Malam di Flexstay Inn (dan setaraf), Makan Minum (4 Lunch dan 4 Dinner) serta Transportation (Train dan Subway) semasa di Tokyo, Jepun. Murah kan pakej ke Jepun ini?
Pakej Trip Murah ke Tokyo ini akan dijadualkan pada bulan Ogos, Oktober dan juga Disember 2015 bergantung kepada permintaan. Jika anda mempunyai 5 orang dalam satu kumpulan, anda boleh tentukan masa perjalanan anda, 5 hari 4 malam untuk keselesaan anda.
Jadi, apa tunggu lagi, kumpul duit untuk pakej travel murah anda ke Jepun dan sertai kami di Pakej Murah Ke Tokyo Jepun 2015 bersama Blooggers Media. InsyaAllah, jika pakej ini disertai oleh 10 orang atau lebih, Man Raja Lawak mungkin akan sertai bersama-sama 🙂
Berminat dengan trip murah ke Jepun? Anda boleh terus hubungi +6019-6611619 MrJocko dan email : blooggers@yahoo.com
menarik tertarik. Saya pun akan ke sana hujung tahun…tu yg ty banyak ngan MJ…hehehehe