Site icon Travel Blogger Malaysia

Pameran LIMA Langkawi 2019 Bakal Tarik Ramai Pelancong

Selepas 2 tahun, kini Pameran LIMA Langkawi 2019 (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) akan kembali menemui rakyat Malaysia bertempat di Padang Matsirat, Kedah. Ya, ia adalah lokasi biasa, tetapi dengar kata tahun ini akan menampilkan lebih banyak yang menarik untuk ditonton bersama.

Tapak Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dikawal ketat bagi menjamin keselamatan peserta dan pengunjung ke pameran itu.Anggota Polis Tentera Udara (PROVOS) bertugas 24 jam untuk memastikan pameran ini berjalan lancar.

Pameran LIMA Langkawi 2019 Bakal Tarik Ramai Pelancong

Pameran LIMA Langkawi 2019
Pameran LIMA Langkawi 2019

Selain mereka, anggota polis termasuk unit risikan juga bertugas memastikan pekerja mendapatkan pas kebenaran masuk sebelum melakukan persiapan terakhir menjelang LIMA’19 yang akan bermula esok, 26 Mac 2019.

Tahun ini, dikatakan ada beberapa persembahan hebat termasuklah dari empat pesawat Sukhoi SU-30 MKM, FA-18 Hornet dan Hawk, selain masing-masing sebuah helikopter EC725 dan SK61, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebanyak 54 pesawat lain yang mewakili TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Aerotree Sdn Bhd dan Tentera Udara Amerika Syarikat turut bersedia mempamerkan aksi menarik di ruang udara.

Turut serta dalam pameran LIMA Langkawi 2019 ini ialah pesawat Tentera Udara India, Tentera Laut Pakistan, Tentera Udara Indonesia dan Tentera Udara Russia.

Bagi peminat pesawat, ada 42 pesawat termasuk pesawat yang mendapat jolokan ‘Ikan Yu Terbang’ atau Embraer’s E190-E2 dari negara Brazil akan menanti pengunjung bagi pameran statik di LIMA Langkawi 2019 tahun ini.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Kedah

Informasi tentang Pameran LIMA Langkawi 2019 boleh dilayari laman web ini LIMA Exhibition.

Pameran LIMA Langkawi ini pasti menarik ramai pelancong dalam negeri khasnya untuk ke Langkawi dan merasai sendiri pengalaman pamera pesawat dan kapal laut. Manakala pelancong luar negara pula, akan berpeluang mengenali Malaysia sempena dengan pameran ini.

Untuk informasi, dikatakan hampir semua hotel dan penginapan sekitar Langkawi telah ditempah sepenuhnya. Jadi kalau baru nak bercadang ke Langkawi sempena lima, tanpa tempahan, pasti agak sukar.

Kalau nak cuba, mungkin boleh cuba untuk menempah bilik di homestay, air bnb atau juga orang perseorangan. Kalau ada kawan atau saudara di Langkawi, mungkin lagi bagus.

Waktu lawatang untuk orang awam dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu, 29 hingga 30 Mac 2019. Pintu akan dibuka pada jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Bayaran masuk ialah RM15 bagi Pas Satu (1) hari dan RM25 bagi Pas untuk Dua (2) hari untuk Pembelian Online (Pre-registration). Bagi pembelian di pintu masuk ialah RM20 bagi dewasa. Kanak-kanak dan Warga Emas masuk adalah percuma.

Kemasukkan ke Resorts World. Tiada kemasukkan dibenarkan untuk orang awam sepanjang Pameran ke kawasan Ship Display Area.

Pengunjung dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai ketika berada di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019.

Perkhidmatan Bas Pengantara. Ia akan disediakan dari MIEC menuju ke Resorts World sepanjang pameran ini dan juga sepanjang acara utama Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019.

Exit mobile version