Pameran Pohon Budi Di Galeri Petronas
|Pameran Pohon Budi Di Galeri Petronas menjadi pameran terbaru di KLCC. Karya seni dari 38 buah negara kini sedang berhimpun di Galeri Petronas KLCC. Dengan memberi nama pameran ‘Pohon Budi : Daya Pohon Hayat Bersemarak Benih Ilham’ sebuah pameran yang akan menampilkan lebih dari 100 genre kraf dari pelbagai bidang hasil ciptaan karyawan terbaik dari pelbagai negara.
Pameran Pohon Budi Galeri Petronas ini mengetengahkan nilai ekologi yang menjadi tumpuan pergerakkan alam sekitar global dan menggalakkan hidup lestari.
MrJocko sempat juga singgah untuk menyaksikan majlis perasmian Pohon Budi di Galeri Petronas yang dirasmikan sendiri oleh K.D.Y.M.M. Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu disaksikan wakil dari organisasi tempatan dan antarabangsa.
Tema pameran Pohon Budi Galeri Petronas KLCC ini memberi maksud yang agak menarik. Pohon Budin diilhamkan daripada perkataan budaya yang juga melambangkan idea sebatang Pohon Kosmik Sejagat, seperti yang diketengahkan dalam pameran ini.
Ada banyak hasil karyawan dari 38 negara yang akan dipamerkan di Pohon Budi Galeri Petronas ini termasuk beberapa hasil terbaik karyawan seni ‘art’ yang memang terbaik dan terkenal.
Sempena dengan majlis perasmian Pohon Budi Galeri Petronas, pertunjukkan fesyen oleh pereka fesyen terkenal diperingkat antarabangsa turut dipamerkan. Antara yang mengambil bahagian adalah dari negara Filipina, India, Indonesia, Taiwan, Kyrgyzstan, Bhutan, Jepun, Malaysia dan juga wakil dari Kraftangan Malaysia.
Pertunjukkan Fesyen Pohon Budi
Pameran Pohon Budi sudah dibuka kepada umum bermula 15 November 2015 dan masuk adalah PERCUMA. Sebagai travel blogger, MrJocko sendiri memang kagum dengan hasil karya seni yang dipamerkan di sini dan mempunyai citarasa seni yang memang tinggi berbanding pameran lain sebelumnya.
Datang ramai-ramai untuk menyaksikan pameran Pohon Budi Galeri Petronas KLCC ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam dari hari Selasa hingga Ahad. Galeri Petronas di tutup setiap hari Isnin.