Panas Gambar Keretapi Legoland Terbabas
|Ramai dah tahu pasal pembukaan Legoland secara rasmi pada Sabtu, 15 September 2012, semalam dan pembukaan Legoland Malaysia ini memang meriah. Khabarnya puluhan ribu rakyat Malaysia dan rakyat Singapura sudah berkunjung ke sana.
Teringin jugak nak ke sana, tapi masih tak de peluang. Kalau pergi masa weekend, sure orang ramai. Kalau pegi weekdays, mungkin kurang, tetapi, rugi lak nak ambik cuti.
Tadi terjumpa berita pasal satu gambar ride dalam Legoland, gambar keretapi Legoland terbabas semasa beroperasi. Gambar dari GeneralStomp dari Singapura ni katanya terbabas pada hari Khamis lepas, sebelum hari pembukaan. Tiada kecederaan dilaporkan dan masalah di selesaikan dengan pantas oleh pihak Legoland.
Mungkin ada sedikit kesilapan teknikal tu. Lagipun tidak terbalik pun, cuma terbabas dari landasan. Harap lepas ni tak ada kejadian seperti itu lagi.