Negara Taiwan masih lagi banyak hutan-hutan yang terpelihara dan mereka juga masih mengekalkan keaslian pokok dan haiwan yang ada di negara mereka. Terus Terang Nak Bagitahu Berbaloi Lawat Panda Di Zoo Taipei Taiwan. Antara yang menjadi kebanggaan mereka ialah Beruang Taiwan. Yang menjadi tarikan utama di sini ialah Beruang Koala, Giant Panda, Gajah dan semestinya Giant Panda.
Kali ini MrJocko berpeluang melihat Panda di Taipei Zoo. Untuk info, bayaran masuk ke Zoo Taipei cuma sekitar RM6 – RM7 sahaja untuk seorang dewasa. Sangat murah berbanding dengan Tiket Masuk ke Zoo Negara.
Dengan bayaran tersebut anda boleh dapatkan khidmat Pemandu Arah Percuma, melihat beruang Koala, Beruang Taiwan dan yang terbaik ialah Panda. Masa kami lawat, ada 3 ekor kesemuanya.
Berbaloi Lawat Panda Di Zoo Taipei Taiwan
Melihat Panda di Taipei Zoo memang berbaloi. Saiz panda di sini pun besar dan sudah lama menetap di dalam Taipei Zoo.cHarap-harap kalau anda datang ke Taipei, datang la melawat ke Zoo Taipei kerana ada banyak yang menarik di dalam Zoo Taipei ini.
Untuk makluman, anda cuma bayar NTD60 (RM6) dan boleh menikmati kemudahan lain seperti Trem Percuma, Kereta Kabel Percuma, Khidmat Guide Percuma dan macam-macam lagi jika ke Taipei Zoo.
Untuk informasi semua, AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei, Taiwan sebanyak 2 penerbangan dalam masa sehari.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko