Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pantai Cahaya Pulau Burung Port Dickson Negeri Sembilan

Ramai yang ingat, kalau ke Port Dickson, hanya Pantai Teluk Kemang sahaja yang cantik dan jadi tumpuan pelancong. Namun tak ramai yang tahu, di sini juga ada beberapa pantai lain yang cantik dan boleh dijadikan lokasi mandi-manda yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga. Saya maksudkan ialah Pantai Cahaya Pulau Burung Port Dickson Negeri Sembilan.

Lokasi Pantai Cahaya Negeri ini hanya beberapa meter sahaja dari jalan besar di Port Dickson. Ia terletak bersebelahan dengan Pulau Burung Port Dickson, Negeri Sembilan. Saban minggu, ia menjadi lokasi santai keluarga untuk berkhemah dan beriadah dengan keluarga sambil mandi-manda di sekitar kawasan ini.

Baca : Bercuti di Port Dickson, Ini Hotel Terbaik Di Sana

 



 

Pantai Cahaya Pulau Burung Port Dickson Negeri Sembilan

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_02

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_01

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_04

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_05
 

Pulau Burung ini hanya berkeluasan sekitar 2.5 hektar sahaja. Ia antara Hutan Paya Laut yang ada di Negeri Sembilan. Kenapa ia dinamakan Pulau Burung, kerana beberapa ketika ia akan menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung yang berpindah randah.

Daripada pintu masuk Pulau Burung, ada disediakan Jeti atau Jambatan yang menghubungkan tanah besar hingga ke Pulau Burung sejauh 182 meter. Tak perlu naik sampan atau bot, jalan kaki sudah cukup untuk kita meneroka keindahan Pulau Burung.

Di tengah Pulau Burung, dibina menara setinggi 3 tingkat yang dijadikan menara tinjau bagi pelancong yang berkunjung ke sini.

Untuk informasi bagi mereka yang belum pernah sampai di Pantai Cahaya Pulau Burung ini, lokasi kat sini sangat sesuai kalau nak berkhemah dan bersantai bersama keluarga. Ini kerana, ia mempunyai ruang parkir yang agak luas, pokok-pokok rhu yang rendang dan redup serta punyai pantai yang sangat landai dan memanjang hingga ke laut. Menjadikan kawasan pantai ini, antara lokasi paling selamat untuk kanak-kanak mandi manda.
 

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_06

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_08

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_09

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_10

Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_11
Pantai_Cahaya_Pulau_Burung_Port_Dickson_Negeri Sembilan_12

Pulau Burung pula menyediakan laluan pejalan kaki dan jambatan yang cantik untuk aktiviti santai sekeluarga. Lokasi famous bagi ramai influencer dan instafamous bergambar, menjadikan landskap pemandangan di sini antara lokasi yang cantik untuk kenangan.

Masuk adalah percuma. Ada kemudahan wakaf, bilik air, ruang solat Muslim dan kedai serbaneka untuk membeli belah. Lagipun di seberang jalan ada restoran popular Restoran Rezeky Tom Yam Port Dickson. Kedai yang menyediakan menu makanan tengahari dan makan malam terbesar dan terbaik di Port Dickson.

Untuk mengetahui banyak lagi Tempat-tempat Menarik Pelancongan di Port Dickson, boleh layari laman rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.