Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pantai Cenang Langkawi Tahun Melawat Malaysia 2014

Pantai Cenang Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang dicari oleh pelancong seluruh dunia kalau melancong ke Langkawi. Apa yang menarik di Pantai Cenang Langkawi??? Banyak yang menarik ada di Pantai Cenang termasuk pantai, lokasi shopping yang murah dan pelbagai serta pilihan makanan yang sedap dan citarasa Malaysia ada di sini.

Banyak aktiviti yang anda boleh buat kalau melancong sekitar pantai ini. Pulau Langkawi menawarkan pantai cantik untuk mandi-manda di sepanjang persisirnya. Kawasan ini ada pelbagai tarikan lain seperti makanan, permainan air dan juga hotel, chalet dan home stay yang murah untuk di sewa.

Baca : Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kedah

 


Pantai Cenang Langkawi Tahun Melawat Malaysia 2014

Keindahan Langkawi yang menjadi Permata Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

 

Kalau anda suka dengan sukan air atau aktiviti di sepanjang pantai, boleh cuba Parasailing dengan hanya RM90 bagi pengalaman terbang bersama payung terjun sekitar 3km hingga 4km di tarik oleh bot laju. Kalau anda takut, mungkin boleh hanya mencuba menaiki Banana Boat dengan harga RM15 setiap orang.

Mungkin kalau anda sukakan kelajuan, boleh cuba permainan Jet Ski dengan hanya RM120 bagi setiap 30 minit permainan dan anda boleh berkongsi bersama keluarga atau rakan-rakan. Best bukan? Kalau dah penat bermain air, singgah sahaja di mana-mana gerai untuk menikmati makanan atau minuman sepanjang pantai.
 

Pantai Chenang Langkawi

Kalau anda datang ke Langkawi menaiki kapal terbang, lokasi Pantai Cenang hanya beberapa Kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (atau nama lama Lapangan Terbang Mat Sirat). Kalau menaiki teksi dikenakan charge sekitar  RM20. Jika anda menggunakan Feri untuk ke Langkawi, anda perlu menaiki Teksi dari Pekan Kuah ke Pantai Cenang dan anda mungkin dikenakan charge sekitar RM30.

Kalau nak lebih mudah, sampai sahaja ke Langkawi, anda ambil peluang sewa kereta dan boleh pilih pelbagai pilihan jenis kereta sewa murah di Langkawi untuk kegunaan anda semasa bercuti di sini. Mudah kan???

Ada banyak operator yang menyediakan Servis Kereta Sewa Berlesen dan Sah di Langkawi. Pastikan anda sewa kereta dengan mereka yang beroperasi secara sah sahaja. Jika anda menggunakan khidmat kereta sewa tidak berdaftar, sekiranya berlaku sebarang masalah seperti kemalangan, kecurian, kerosakan atau apa-apa masalah lain yang berkaitan, anda mungkin akan menghadapi masalah yang sangat serius.

Bagi andat yang belum pernah bercuti ke Langkawi, nak tahu apa lagi yang menarik di sini, boleh lawati entry lama Travel Blogger Malaysia, MrJocko seperti entry ini, Tempat Menarik Di Langkawi

Entry ini menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014

Ambik peluang kenali tempat-tempat menarik di Malaysia dahulu dan amati keindahan alam yang kita ada. Sokong industri pelancongan dalam negeri dan sentiasa sokong usaha Tourism Malaysia dalam mempromosikan destinasi Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.