Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melihat Keindahan Pantai Da Nang Beach Vietnam Yang Cantik

Sebelum Vietnam yang kini semakin terkenal dengan tumpuan pelancong dunia, mereka terlebih dahulu terkenal ketika zaman Perang Dunia Kedua. Kini, jika anda ke Vietnam, ada banyak lokasi untuk anda lihat keindahan Pantai termasuk keindahan Pantai Da Nang Beach Vietnam.

Sebanrnya, Vietnam ada banyak lokasi pantai yang boleh dikunjungi kerana negara Vietnam ini memang bersebelahan dengan laut China Selatan. Dari Selatan sampai ke Utara Vietnam, ada banyak pantai yang boleh anda terokai jika anda berminat untuk jejak sejarah Perang Dunia Kedua di Vietnam.

Cerita MrJocko travel di Vietnam boleh baca di sini : Melancong ke Vietnam

Pantai Da Nang Beach Vietnam

Pantai Da Nang Beach Vietnam

Hotel kami menginap di Da Nang hanya beberapa meter sahaja dari Pantai Da Nang. Cuma berjalan kaki selama 3 minit, kami akan sampai di Pantai Da Nang yang memang luas terbentang menghadap tanjung sebelah sana. Pemandangan paling menarik sudah pasti di waktu pagi kerana matahari akan terbit dari sebelah pantai.

Untuk itu, jangan terkejut kerana, di Da Nang Vietnam, waktu mandi paling popular ialah pada awal pagi, seawal jam 4.30 pagi kerana pemandangan pantai dan laut yang cantik serta cuaca yang masih dingin.

Pertama kali sampai di Pantai Da Nang Beach sekitar jam 4.30 pagi, MrJocko dan keluarga agak terkejut kerana melihat hampir riduan manusia, kebanyakkannya penduduk tempatan Da Nang sudah bersedia untuk senaman dan juga aktiviti mandi laut. Sepanjang Pantai Da Nang, sepanjang itulah anda boleh lihat pengunjung yang datang untuk mandi manda tidak kira umur, kanak-kanak atau dewasa, kecil atau besar dan muda atau tua, masing-masing ‘enjoy’ dengan aktiviti mandi laut mereka.

Pantai Da Nang Vietnam Pantai Da Nang Vietnam Pantai Da Nang VietnamPantai Da Nang Vietnam Pantai Da Nang Vietnam 05

Ada juga sebab lain kenapa disebelah pagi ini, seawal jam 4.30 pagi penduduk Da Nang Vietnam sudah bersedia untuk mandi manda di pantai atau laut. Antara sebabnya ialah mereka amat menjaga kulit mereka dan tidak mahu kulit mereka terbakar jika mandi manda di pantai atau laut di waktu matahari panas.

Peluang untuk mandi manda seawal pagi dan juga waktu petang sekitar jam 4.00 petang akan mengurangkan risiko kulit mereka terbakar kesan cahaya matahari. Mungkin sebab itu, jika anda lihat kulit orang Vietnam, sentiasa putih dan jarang yang gelap. Rupanya, kulit yang putih menjadi keutamaan mereka dalam hidup seharian.

Pantai Da Nang Vietnam Pantai Da Nang VietnamPantai Da Nang Vietnam

Aktiviti mandi manda di Pantai Da Nang Beach Vietnam adalah percuma. Pun begitu, sangat berbaloi mandi di sini kerana selain kedudukkan pantai dan air laut yang agak landai, pemandangan yang indah, di sini juga ada disediakan Pengawal Pantai yang bertugas untuk menjaga keselamatan pengunjung di sini. Setiap beberapa meter akan ada sekitar 2 – 3 orang ‘Beach Guard’ Pengawal Pantai yang sentiasa memerhatikan pengunjung supaya tidak mandi di kawasan larangan dan merbahaya. Thumbs Up untuk servis yang bagus seperti ini.

Di pantai juga ada di sediakan beberapa kiosk gerai minuman dan juga tempat duduk khas yang anda boleh sewa dengan harga yang berpatutan. Jika nak jimat, sewa satu sahaja dan anda boleh berilir gilir untuk bersantau di bangku atau tempat duduk khas ini sambil menikmati pemandangan indah di Pantai Da Nang Vietnam.

Untuk percutian yang murah dan pilihan aktiviti percutian yang banyak dan menarik, Pantai Da Nang adalah lokasi yang sangat MrJocko syorkan kepada anda semua. Untuk pakej percutian selama 4 hari 3 malam di Da Nang Vietnam, MrJocko datang bersama keluarga, 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan seorang bayi dengan harga pakej penerbangan dan hotel hanya RM1,200 sahaja.

Tempah percutian murah anda ke Vietnam di laman web AirAsiaGo dan terbang dengan AirAsia dari lapangan terbang KLIA2 menuju ke Da Nang Airport Vietnam.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.