Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pantai Melawi Bachok Destinasi Pelancongan Terbaru Kelantan

Destinasi yang semakin popular di Kelantan, pantai ini semakin mendapat tempat dihati pelancong tempatan dan luar negeri. Kalau dulu, ia hanyalah muara biasa, tetapi kini ia sudah dibangunkan dan mempunyai pelbagai tarikan pelancongan setempat yang agak cantik termasuk lokasi OOTD, resort, chalet dan juga homestay. Inilah dia, tempat yang semakin famous Pantai Melawi Bachok Destinasi Pelancongan Terbaru Kelantan.

Asalnya, muara ini terkenal dengan beberapa tempat untuk pendaratan nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka. Kalau dulu, sekitar 1980an, tempat ini menjadi tumpuan orang kampung untuk membeli makanan laut yang murah, hasil tangkapan nelayan tempatan.

Peredaran masa, ia sedikit sebanyak berubah. Namun Pantai Melawi yang menjadi sinonim dengan perkampungan nelayan ini masih lagi menjalankan aktiviti ini walaupun secara kecil-kecilan, menarik minat pengunjung luar dari mukim ini.

Baca : Lawatan Kali Kedua Ke Pantai Senok Kelantan

Pantai Melawi Bachok

 


Pantai Melawi Bachok Destinasi Pelancongan Terbaru Kelantan

Pantai Melawi Bachok
 

Lokasi pantai ini terletak kira-kira 5km sahaja dari Bandar Bachok dan pantai ini agak memanjang dan luas.

Kalau dari arah Tok Bali Pasir Puteh, ia hanya memakan masa sekitar 15 minit atau sejauh 15km sahaja. Buat masa ini, jika anda dari bandar Pasir Puteh, atau dari bandar Kota Bharu, anda akan mudah akses ke pantai ini dengan laluan jalan persekutuan dan jalan kampung. Sepanjang jalan, penuh dengan pemandangan kampung Nelayan dan kampung tradisional orang Kelantan. Pasti tidak akan bosan.
 

Pantai Melawi Bachok

Pantai Melawi Bachok

Pantai Melawi Bachok

Pantai Melawi Bachok

Kredit Gambar : Internet
 

Sejak beberapa tahun yang lalu, lokasi di sekitar perkampungan nelayan Pantai Melawi ini dibangunkan oleh pihak Majlis Daerah Bachok bagi kemudahan pelancong yang berkunjung ke sini. Ia adalah sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan aktiviti pelancongan setempat dan membantu penduduk tempatan dalam menjana ekonomi setempat.

Lokasi ini semakin menjadi tumpuan ramai selepas ia mula dibangunkan sebagai lokasi pelancongan baru bagi negeri Kelantan. Pantai Melawi kini sudah dilengkapi dengan laluan penjalan kaki, ruang parkir kenderaan, tandas awam, gerai jualan, tugu kincir angin, denai laut dan banyak lagi.

Ia mungkin lokasi baru untuk pelancong, tetapi ia sangat berbaloi untuk dikunjungi. Kalau anda dah berada di Kota Bharu, Pasir Puteh atau Bachok, ambil masa singgah di sini. Kalau nak bermalam, suasana pantai dan kampung di sini pasti akan beri anda pengalaman baru.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.