Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pantai Senok Bachok Nami Island Malaysia Tempat Viral Kelantan

Ramai yang bertanya kat mana lokasi Pantai Senok Bachok? Ramai yang sudah mula sedar dengan kewujudan Nami Island Malaysia, sejak lokasi ini menjadi viral di Facebook beberapa bulan yang lepas. Sebab itu, sejak beberapa bulan lepas, lokasi Pantai Senok di Tawang, Bachok ini semakin terkenal dan sesak dengan pengunjung setiap hari.

Betul ke ramai yang kata pemandangan di Pantai Senok ni umpama Nami Island di Korea?

Ya, betul. Hampir sama, tambah lagi bila melihat susunan poko rhu yang di susun dengan cantik dan lurus di sekitar pantai ini.

Baca : Tok Bali Pasir Puteh Tempat Pendaratan Ikan Di Kelantan

 


Pantai Senok Bachok Nami Island Malaysia Tempat Viral Kelantan

Pantai Senok Bachok Nami Island
 

Lokasi Pantai Senok Bachok ini sebenarnya dekat sahaja dengan Pantai Iramai Bachok. Namun sebab jalan kampung, ia memakan masa selama sekitar 30 minit untuk ke sana kerana keadaan jalan kampung yang agak sempit.

Masuk ke sini percuma dan ruang parkir di sini juga banyak yang percuma tidak perlu risau. Cuma sebaiknya anda ambil perhatian sikit, parkir kereta sebaiknya supaya tidak ganggu lalu lintas, jangan buang sampah, jangan buat bising dan jangan merosakkan harta benda awam.

Lepak santai di sini memang best. Bukan saja dengan kawan-kawan, kalau duduk santai berkelah dengan keluarga pun ia memang best!

 

 

Pantai Senok Bachok Nami Island

Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island

Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island

Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island Pantai Senok Bachok Nami Island

 

Pusat santai terbaru Pantai Senok ini berada sekitar 30km dari kampung MrJoko dan sekitar 10km dari Pantai Irama Bachok, yang sudah lama terkenal. Ia lokasi kampung yang memerlukan anda masuk sehingga ke pintu masuk kuala yang dikenali sebagai Sungai Kemasin.

Kalau susah nak cari, tanya sahaja orang kampung sini, InsyaAllah, akan jumpa.

Tips nak ke sini, sebaiknya datang pada waktu pagi atau tengahari. Waktu ini tak ramai sangat orang ke sini. Tetapi bila membawa ke petang, lokasi ini akan dipenuhi ramai pengunjung sehingga ke matahari terbenam.

Untuk pilihan sebagai pelancong, jika anda berada di sekitar Kota Bharu dan Bachok, anda mesti ambil masa singgah sini. Berbaloi untuk bergambar di sini dan ia antara tempat yang cantik untuk anda ber’posing’ dan bergambar bersendiri atau bersama kawan-kawan serta keluarga.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.