Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pantai Seri Kenangan Bandar Tutong Di Brunei Darussalam

Walaupun negara Brunei tidak sebesar Malaysia, namun mereka juga masih mempunyai beberapa lokasi pantai yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang popular di Brunei ialah lokasi Pantai Seri Kenangan Bandar Tutong Di Brunei Darussalam. Lokasi pantai dan laut ini menjadi antara tarikan pengunjung tempatan setiap hari, khususnya di waktu hujung minggu.

Pantai Seri Kenangan, atau dalam bahasa Inggeris, dikenali dengan jolokan nama “unforgettable beach” terletak di dalam kawasan Kuala Tutong di Daerah Tutong. Untuk informasi, kawasan Pantai Seri Kenangan ini terletak kira-kira 60km dari Bandar Seri Begawan dan memakan masa sekitar 1 jam pemanduan.

Pantai Seri Kenangan Bandar Tutong Di Brunei Darussalam
 
pantai seri kenangan brunei 00 copy
 

Kawasan rekreasi pantai dan laut yang popular ini hanya terletak sekitar lima minit pemanduan dari bandar Tutong. Tarikan utama, sudah pasti bentuk muka bumi pantainya yang dikatakan antara yang terbaik di Brunei.

Ia berbentuk seakan tanjung yang memisahkan Sungai Tutong yang cantik dengan perairan laut selatan China.
 

pantai seri kenangan brunei 01

pantai-seri-kenangan-brunei

pantai-seri-kenangan-brunei
 

Baca : MrJock dan Pelancongan di Brunei

Untuk pelancong, khasnya dari Malaysia, sekitar kawasan ini ada banyak pilihan homestay, chalet, restoran, pondok, taman permainan dan gerai makanan disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tiada hotel mewah, tetapi penginapan untuk pelancong memang memuaskan.

Selain itu, antara yang menarik di sepanjang jalan itu, jalan raya kampung Kuala Tutong terlindung di tengah hutan pokok kelapa, memanjang sehingga ke jeti lama. Menurut informasi yang ada, Jambatan Tutong dibina sejak tahun 1959 lagi. Sebelum ini, sebuah feri digunakan untuk perjalanan antara pusat-pusat daerah selatan Brunei dan Bandar Seri Bagawan.

Pantai Seri Kenangan atau Pantai Seri Kenangan adalah pantai yang terdekat dengan bandar Tutong.

Untuk info lanjut tentang produk pelancongan di Brunei, tempat menarik di Brunei dan banyak lagi maklumat tentang keindahan Brunei Darussalam, boleh layari laman web Brunei Desi http://bruneidesi.com/Index.aspx

Kredit Gambar : Internet

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.