Parang Suku Kaum Iban Pernah Potong Kepala Manusia
Parang Suku Kaum Iban Pernah Potong Kepala Manusia menjadi satu tarikan ketika MrJocko singgah untuk Episod Akhir Nota Kembara Bersama MrJocko di negeri Sarawak. Ini antara koleksi parang yang menjadi ‘pusaka’ simpanan pemiliknya yang dijaga dengan baik sejak ia mula-mula menyimpan parang tersebut.
Walaupun dilihat agak uzur dan berkarat, tetapi ketajaman parang dan golok yang ada di sini, masih boleh mencantas sesuatu dengan sekali libasan. Itulah antara keunikkan parang atau pedang yang dibuat oleh tukang besi suku kaum Iban di Sarawak.
Baca : Misteri Seram Rahsia Kubur Tergantung Di Sarawak
Parang Suku Kaum Iban Pernah Potong Kepala
Bayangkan dihadapan mata MrJocko, ada lebih dari 10 parang, pedang dan golok yang pernah membunuh manusia lain dan mencantas tubuh badan manusia. Sekali tengok biasa, tetapi kemudiannya, akan rasa seram mula menyelubungi. Seumpama rasa seperti roh si mati terlekat di pedang tersebut.
Iban yang terkenal dengan rumah panjang, memang peramah. Kaum Iban antara etnik yang paling terkenal di Sarawak. Kemeriahan dan keutuhan ‘ukhwah’ sesama mereka yang tinggal di rumah panjang Iban ini memang sangat mesra. Kami tidak terasa janggal, malah dilayan sebaiknya.
Baca : Pelancongan Di Sarawak Bumi Kenyalang
MrJocko sempat melihat cara-cara membuat parang dan golok mengikut cara tradisional oleh suku kaum Iban. Ia mempunyai bentuk yang agak berbeza, tetapi mempunyai ketajaman yang tidak siapa boleh pertikaikan. Sebab itu, zaman dulu, ia menjadi senjata yang utama untuk kaum Iban. Parang Suku Kaum Iban Pernah Potong Kepala Manusia.
Nak tahu lebih lanjut, tonton rancangan Travelogue MrJocko nanti di Saluran RTM1 yang akan di siarkan dalam beberapa bulan yang akan datang.
Selama dua hari MrJocko dan crew singgah di sini. Alhamdulillah, segala berjalan lancar dan urusan penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada penduduk Rumah Panjang di sini khususnya Suku Kaum Iban yang memang terkenal.
Ini satu pengalaman baru kepada kami dan ia sesuatu yang sangat menakjubkan bila melihat dan rasakan sendiri realiti kehidupan di Rumah Panjang Asli di Sarawak.
Related
Related Posts
-
QPR Asia Tour 2012 vs Kelantan And SabahNo Comments | Jun 22, 2012
-
Selamat Bersara Taib MahmudNo Comments | Mar 19, 2011
-
Apa Maksud Merdeka Bagi Anda Tahun IniNo Comments | Aug 29, 2013
-
5 Perkara yang ditunggu semasa perkahwinan William dan Kate
No Comments | Apr 29, 2011
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.