Site icon Travel Blogger Malaysia

Parfume Murah Di Athens Airport Greece Harga Cuma EUR19.95

Ada sebab kenapa MrJocko suka window shopping kalau singgah di mana-mana Lapangan Terbang ketika melancong. Antara yang menarik MrJocko lihat sendiri adalah diskaun harga yang murah untuk beberapa pilihan jenama minyak wangi. Kalau korang bernasib baik, boleh beli perfume murah ketika di airport. Percaya atau tidak, ada Parfume Murah Di Athens Airport Greece Harga Cuma EUR19.95 sahaja.

Ya, kalau diikutkan, harga dibawah EUR20 adalah murah untuk satu botol minyak wangi jenama terkenal. Berbaloi untuk beli kerana bukan mudah nak jumpa harga murah seperti ini. Lagipun ia adalah minyak wangi original dan bukan minyak wangi tiruan seperti minyak wangi pasar malam.

Baca : Pengalaman Di Lapangan Terbang Seluruh Dunia

 


Parfume Murah Di Athens Airport Greece

Parfume Murah Di Athens Airport Greece Harga Cuma EUR19
 

Biasanya, kalau harga parfume di Malaysia, untuk jenama terkenal, ia berharga sekitar RM100 hingga RM200 bagi saiz botol 50ml ke 60ml. Tetapi kali ini, rezeki MrJocko dapat beli satu botol parfume Davidoff Hot Water Men 60ml berharga EUR42.00 – EUR22.05 (diskaun 52.5%) = EUR19.95 dan Calvin Klein 50ml EUR34.00 – EUR14.05 (diskaun 41.32%) = EUR19.95.

Kalau nilai EUR19.95 ini bersamaan dengan nilai RM100. Jadi, ia dalam bajet MrJocko. Kebetulan juga, ada beberapa Euro yang belum MrJocko guna dan sedikit lebihan. Jadi, MrJocko ambik keputusan untuk beli parfume untuk diri sendiri dan wife.

Terus terang MrJocko katakan, kalau di Malaysia, MrJocko sendiri jaran beli parfume berjenama yang berharga lebih dari RM100. Kalau ada yang dijual dibawah harga itu, InsyaAllah kalau ada duit lebih baru beli. Itu pun kalau ada duit la.

 

Parfume Murah Di Athens Airport Greece Harga Cuma EUR19.90
Parfume Murah Di Athens Airport Greece Harga Cuma EUR19

 

Untuk yang kaki shopping parfume dan suka beli parfume, mungkin lebih tahu tentang harga biasa parfume 50ml, 60ml, 75ml, 100ml atau botol yang lebih besar. Kalau di Malaysia, biasa memang cecah dalam RM150 ke atas. Sebab itu, bila tengok nilai harga sekitar RM100, MrJocko akan kata murah.

Info Ringkas dari pemerhatian MrJocko

Kalau kebanyakkan negara Eropah, nak dibandingkan dengan pendapatan kita hampir sama. Contoh, kalau gaji kebiasaan kita sekitar MYR3,000, mereka juga punyai income yang hampir sama iaitu sekitar EUR2,000 – EUR,3000. Bayangkan kita shopping barang dapur satu trolley sekitar RM300 dan mereka shopping hanya sekitar EUR100 sahaja.

Oh ya, biasanya promosi minyak wangi murah ini ada dibahagian Duty Free dikedai jualan tengah-tengah airport. Ada banyak pilihan, korang pilih la mana satu yang berkenan di hati. Kalau dulu, MrJocko pernah beli parfume murah di Lapangan Terbang Melbourne http://www.mrjocko.com/2015/03/perfume-murah-di-airport-melbourne.html

Untuk informasi lengkap tentang Athens Airport ini boleh layari laman web di bawah http://www.airport-athens.com

Exit mobile version